Pernah Tertanya Kenapa Ada Dua Butang Flush Tandas? Ini Fungsi Sebenar Dia
Oh, sekarang dah tahu fungsi dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan sekadar butang besar dan kecil, sistem dual flush sebenarnya dicipta untuk jimat air dan jaga alam sekitar
Tapi ramai yang masih tak tahu cara guna dengan betul.
Kalau anda perasan, kebanyakan tandas moden hari ini ada dua jenis butang untuk flush. Satu kecil, satu besar. Sistem ini dipanggil dual flush, dan ia bukan direka sekadar gaya.
Jadi apa sebenarnya beza dua butang tu? Dan kenapa penting untuk kita tahu fungsi dia?

Gambar sekadar hiasan.
Image via SNELLApa itu sistem dual flush?
Dual flush ialah sistem siraman tandas yang ada dua pilihan:
- Butang kecil (flush ringan): Untuk buang air kecil atau penggunaan air minimum.
- Butang besar (flush penuh): Untuk buang air besar atau sisa yang perlukan lebih tekanan air.
Sistem ini mula popular di Australia pada tahun 1980-an dan kini digunakan di seluruh dunia kerana kelebihan menjimatkan air.
Kenapa dual flush diperkenalkan?
Jawapannya mudah iaitu untuk jimat air.
Tandas biasa boleh guna hingga 11 liter air untuk satu siraman penuh. Tapi dengan dual flush:
- Flush kecil hanya guna lebih kurang 3–4 liter.
- Flush besar sekitar 6 liter.
Bayangkan kalau setiap orang di rumah guna butang yang betul setiap kali, banyak mana air boleh dijimatkan setiap bulan?
Bagaimanapun, masih ramai pengguna di Malaysia yang tekan butang besar setiap kali, tak kira apa jenis "urusan" mereka. Akibatnya, sistem jimat air ini jadi tak berfungsi sepenuhnya.
Satu lagi masalah, ada yang keliru sebab reka bentuk butang berbeza antara jenama. Ada bentuk bulat, ada bentuk horizontal, dan ada yang gabungkan dua dalam satu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via HallerCara guna dual flush dengan betul
- Untuk air kecil → tekan butang kecil (flush ringan)
- Untuk air besar → tekan butang besar (flush penuh)
Kalau masih ragu-ragu, perhatikan simbol di atas butang (jika ada).
Apa kesan kalau kita guna dengan betul?
- Bil air bulanan lebih rendah
- Kurang pembaziran sumber air
- Sumbangan kecil kepada alam sekitar
Mungkin nampak remeh, tapi tabiat kecil macam ni beri impak besar kalau diamalkan secara konsisten.
Sistem dual flush tandas bukan hiasan, ia direka untuk beri pilihan kepada pengguna, jimat air, dan kurangkan pembaziran.
Jadi lepas ni, jangan tekan ikut suka hati. Pilih butang yang sesuai ikut keperluan.
Jom mula jimat dari tandas, anda mampu mengubahnya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 