Perlu Ke Panaskan Enjin Kereta Sebelum Gerak? Ini Jawapan Pakar Automotif

Berapa lama korang panaskan enjin kereta sebelum jalan?

Enlarge text
Cover ImageCover image via ENGEAR & Maskulin
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pemilik kereta, mesti anda pernah dengar tips lama ini: "Start enjin dulu, tunggu beberapa minit bagi 'panas' sebelum memandu"

Ramai yang percaya amalan ini wajib untuk menjaga kereta. Persoalannya, betul ke tidak?

Jawapannya… Ya, tapi tak lama pun perlu tunggu.

Menurut pakar automotif, kereta moden sudah tidak perlukan idle lama-lama untuk capai suhu optimum. Menurut AAA, sebenarnya cukup 30 saat hingga 1 minit sahaja sebelum anda boleh memandu macam biasa.

SAYS.com
Image via Anzac Auto

Hal ini kerana kereta zaman sekarang sudah canggih. Ada sistem suntikan bahan api dan komputer (ECU) yang boleh tentukan campuran udara-bahan api terbaik ikut situasi. ECU akan pantau enjin melalui sensor dan adjust bahan api ikut keperluan.

Jadi, tak perlu tunggu enjin 'panas' dengan idle lama. Cuma ingat, bila mula bergerak, pandu perlahan dulu sampai suhu enjin stabil.

Idle terlalu lama boleh rosakkan enjin pula

Bila enjin idle, ia lambat panas. ECU akan kekalkan campuran bahan api yang lebih banyak petrol lebih lama daripada sepatutnya. Ini boleh meningkatkan penggunaan petrol dan hasilkan lebih karbon.

Kajian oleh Oak Ridge National Laboratory juga mengesahkan kebanyakan pengeluar kereta tak sarankan panaskan enjin lebih daripada 30 saat.

SAYS.com
Image via ENGEAR

Habis itu, kenapa mak ayah kita dulu selalu pesan kena panaskan enjin?

Dulu kereta pakai karburetor mekanikal, bukan sistem suntikan moden. Petrol susah meruap bila sejuk, jadi enjin lama perlukan campuran bahan api lebih kaya untuk elak mati enjin.

Tanpa komputer untuk kawal bahan api, satu-satunya cara ialah biar enjin idle sampai cukup panas. Tapi sekarang? Kalau kereta anda bukan model lama atau pakai karburetor, tak perlu dah panaskan lama-lama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: