Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Lepas Calon Suami Kantoi Botak & Pakai Rambut Palsu
Alamak! Takkan nak cancel kahwin sebab itu je?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu kejadian tular di India apabila seorang pengantin perempuan nekad membatalkan majlis perkahwinan selepas mendapati calon suaminya sebenarnya botak dan sering memakai rambut palsu untuk menyembunyikan kekurangannya itu
Menurut laporan Sinar Harian, laman web Sanook.com berkata insiden itu berlaku ketika pihak pengantin lelaki bersama keluarganya tiba di rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan.
Difahamkan, segala persiapan termasuk hiasan bunga, pelamin dan perhiasan lain sudah lengkap, malah adat sebelum majlis juga berjalan lancar.
Namun, suasana mula berubah apabila pengantin perempuan menyedari calon suaminya kelihatan gelisah dan kerap memegang topi di kepalanya.

Mula rasa hairan dan bertanya secara diam-diam kepada ahli keluarga pengantin lelaki
"Saya hanya beberapa kali bertemu dengannya kerana kami dijodohkan. Ketika berjumpa, perbualan kami hanya berkisar tentang persiapan majlis bersama keluarga.
"Kami lebih banyak berhubung melalui telefon, jadi saya tidak tahu tabiat peliknya," katanya.
Hasil daripada pertanyaan itu, dia akhirnya mengetahui bahawa calon suaminya botak dan menggunakan pelbagai jenis rambut palsu untuk menutup rahsia tersebut.
Gara-gara merasa tertipu dan malu, pengantin perempuan itu membuat keputusan untuk membatalkan majlis walaupun semua persiapan sudah dibuat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 