Penangan Filem ‘Papa Zola The Movie’, Rider Terharu Dapat Nota Istimewa Daripada Si Cilik

Comel je adik tu, effort tau siap bagi nota special!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @rith_sani (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem Papa Zola The Movie dilihat memberi kesan mendalam kepada penonton tempatan apabila berjaya mengangkat realiti jerih perih seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup dan kebahagiaan keluarganya

Kisah penuh emosi itu bukan sahaja mencetuskan perbincangan di pawagam, malah dilihat mula memberi impak kepada masyarakat, khususnya mereka yang bekerja sebagi penghantar makanan.

Perkara itu tular selepas seorang rider berkongsi satu hantaran di TikTok yang memaparkan nota istimewa daripada pelanggan cilik yang ternyata menyentuh hati ramai.

Mesej ringkas tersebut dikatakan memberi semangat luar biasa kepada rider berkenaan selepas seharian bekerja.

SAYS.com
Image via @rith_sani (TikTok)
SAYS.com
Image via @rith_sani (TikTok)

Rider itu mengakui segala keletihan yang dirasainya seakan terhapus sebaik membaca nota yang diterima

"Terima kasih abang foodpanda. Terima kasih untuk menghantar makanan untuk kami waktu sedang cuti sekolah.. Abang sangat hebat!!! Kalau saya…saya penat tau!!! Abang pula, hebat sangat!! Semoga dimurahkan rezeki," tulisnya.

Nota itu lengkap dengan lakaran dua kanak-kanak yang digambarkan teruja melihat rider berkenaan seolah-olah seorang adiwira. Susulan itu, posting tersebut mendapat perhatian netizen yang mengaitkan perubahan sikap masyarakat terhadap rider sebagai kesan langsung daripada filem Papa Zola The Movie.

SAYS.com
Image via @rith_sani (TikTok)
SAYS.com
Image via @rith_sani (TikTok)
SAYS.com
Image via @rith_sani (TikTok)
SAYS.com
Image via @rith_sani (TikTok)Image via

Situasi tersebut turut menarik perhatian pihak pencipta Papa Zola The Movie yang kemudiannya berkongsi kisah berkenaan di platform media sosial mereka sebagai tanda penghargaan

Untuk makluman, Papa Zola The Movie mengisahkan tentang Papa Zola, seorang bapa yang gigih bekerja demi menyara keluarganya. Selepas tidak lagi berkhidmat sebagai kapten dan cikgu, dia melakukan pelbagai pekerjaan sambilan termasuk menjadi rider penghantar makanan serta pemandu van sekolah.

Matlamat utamanya hanyalah satu iaitu mengumpul wang secukupnya untuk membawa anaknya, Pipi Zola, bercuti, sekali gus menggambarkan pengorbanan seorang ayah yang sering tidak disedari dalam kehidupan seharian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik