Penang Road Famous Teochew Cendol Kini Buka Cawangan Pertama Di Taiwan – “Malaysia Mendoniaaa”

Cendol legend ni!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gerai Penang Road Famous Teochew Cendol yang sinonim dengan warisan makanan jalanan Pulau Pinang, kini melebarkan sayapnya ke luar negara dengan pembukaan cawangan pertama di Taiwan

Dikenali dengan semangkuk cendol klasik yang diperbuat daripada ais kisar, jeli hijau, dan sirap gula Melaka, gerai itu telah menjadi kegemaran rakyat tempatan sejak berpuluh tahun lalu.

Cawangan baharu mereka dibuka secara rasmi pada 1 September lalu di Far Eastern SOGO Taipei Fuxing Store, sebagai sebahagian daripada deretan gerai makanan dalam pusat beli-belah tersebut.

Ia bukan sahaja memperkenalkan rasa Malaysia kepada warga Taiwan yang ingin mencuba sesuatu yang unik, malah membawa nostalgia buat rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

SAYS.com
Image via @penangchendul (Instagram)
SAYS.com
Image via jui-chen Hung/Google

Dengan sejarah 89 tahun yang bermula di Lebuh Keng Kwee, George Town, langkah tersebut menjadi pencapaian besar buat jenama itu yang kini berdiri di pentas antarabangsa

Selain menu utama mereka, Signature Chendul, cawangan itu juga menawarkan hidangan lain seperti Penang White Curry Mee dan Chee Cheong Fun (Steamed Rice Roll) seakan-akan satu lawatan mini ke medan selera Pulau Pinang dalam satu hentian.

Daripada jalan kecil di Pulau Pinang ke bandar besar Taipei, ini membuktikan bahawa rasa Malaysia layak dikenali dunia. Ia juga menjadi peringatan manis bahawa makanan yang kita nikmati selama bergenerasi bukan sekadar hidangan tempatan, tetapi sebahagian daripada legasi kulinari Malaysia yang kini dibanggakan di pentas antarabangsa.

Nak cuba? Kalau anda di Taipei, bolehlah singgah untuk lepaskan rindu rasa kampung halaman!

SAYS.com
Image via Eugene Chooi/Google
SAYS.com
Image via @penangchendul (Instagram)

Lihat posting di bawah:

Fetching content

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: