Pemuda Buta Berjaya Habiskan Half Marathon 21KM Dengan Semangat Luar Biasa!
Semangat macam ini yang kita mahu, salute!
Cover image via @adryfazmi (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, dalam satu acara larian baru-baru ini, seorang pemuda buta berjaya mencuri perhatian ramai apabila dia nekad menyertai kategori half marathon sejauh 21KM
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adryfazmi, ramai kagum dengannya kerana walaupun tidak dapat melihat jalan di hadapan, dia tetap berlari dengan penuh semangat sampai ke garisan penamat dengan bantuan guide runner.
Menurutnya, dia terharu walaupun berkali-kali ingin berputus asa, bantuan, dorongan serta kata-kata semangat daripada orang sekeliling membuatkan dia meneruskan larian itu.

"Dengan keluarga, pasangan dan kawan yang betul, tiada yang mustahi. Sebagai seorang yang cacat penglihatan, berlari sejauh 21KM terasa seperti mimpi yang tidak dapat dicapai. Tetapi dengan sokongan mereka, saya mendapat kekuatan untuk terus bergerak," katanya.
Video tersebut kini sudah meraih 300K tontonan dan 31K tanda suka di laman TikTok
Ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat dan keberanian pemuda itu.
Bagi mereka, kisah ini bukan saja tentang sukan, tapi tentang kepercayaan pada diri sendiri dan keinginan untuk mengatasi kekurangan.
Antara komen menarik netizen di TikTok:



Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



