Pelancong Nigeria Kecewa Harga Makanan Di Pasar Malam Malaysia Makin Mahal & Tak Masuk Akal
Ramai menyifatkan pasar malam kian hilang identiti.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas pulang kerja, pasar malam pasti menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia kerana faktor harga makanan yang murah dan berbaloi
Walau bagaimanapun, situasi itu kian berubah. Seorang wanita dari Nigeria yang melancong ke Malaysia turut berkongsi sentimen yang sama apabila menyifatkan pasar malam tidak lagi seperti dulu.
"Budaya pasar malam kian hilang di Malaysia. Ia tak rasa sama seperti dahulu. Banyak makanan yang ditawarkan dengan harga yang tidak masuk akal," katanya dalam sebuah video miliknya di TikTok.
Dia juga mengatakan beberapa juadah seperti karipap dan roti perlahan-lahan diganti dengan pilihan makanan yang bukan dari budaya Malaysia seperti kek keju dan shawarma.
Ramai yang merasakan hal yang sama

Ada yang menyifatkan budaya menjual 'Ice Blended' tidak lagi popular malah digantikan dengan minuman popular seperti matcha dan juga kopi. Ada juga yang mengatakan hidangan goreng pisang sukar didapati malah digantikan dengan goreng pisang keju dan harganya agak tinggi.
Rindu makanan tradisional

Pengguna TikTok lain juga merindukan makanan tradisional seperti Apam Balik, Keropok Lekor, Taufufa dan jagung cawan malah ada yang mengatakan suasana pasar malam ketika sedekad lalu lebih indah berbanding sekarang di mana semuanya mahal.
Namun, bagi komen yang lebih positif mengatakan pasar malam di negeri seperti di utara dan pantai timur masih mengekalkan tradisi dan menjual makanan tempatan.
Walaupun terdapat banyak makanan 'viral', namun pastinya penjual juga ingin memenuhi selera pengunjung yang mempunyai citarasa demikian.
Namun persoalannya, apa agaknya akan terjadi beberapa tahun akan datang? adakah budaya pasar malam akan terus berubah dan hidangan tradisional kian dilupakan?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



