Pelancong China Selamba Conteng Mural Di Penang Dikecam Ramai Rakyat Malaysia
Beberapa pekerja di situ dilihat cuba menegur agar menghentikan perbuatannya tetapi pelancong tersebut tidak mengendahkan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perbuatan pelancong China yang tidak beradab terhadap barista tempatan baru-baru ini tular lantas membuka mata ramai pihak tentang perilaku mereka
Netizen lantas merungkai satu lagi insiden tidak menyenangkan di Chew Jetty, Pulau Pinang apabila seorang pelancong China didakwa menconteng pada mural sedia ada di lokasi bersejarah itu.
Rakaman yang tular menunjukkan wanita berkenaan di sebuah lorong dengan mural indah. Dia mengambil keputusan untuk 'menambah' lukisan sendiri (seekor panda merah) yang dikatakan haiwan kebanggaan negaranya.
Dalam kapsyen videonya, dia menulis dengan bangga: "Hari ini saya secara diam melukis panda merah."

Beberapa pekerja di situ dilihat cuba menegur agar menghentikan perbuatannya tetapi pelancong tersebut tidak mengendahkan.
Dalam video sama, dia sempat bercerita mengenai kesukaran melukis di ruang yang terhad, sambil mengatakan mendapat banyak perhatian daripada pelancong lain yang lalu lalang.
Selepas selesai, wanita itu turut memuat naik gambar dirinya bersama hasil contengannya. Dia sedikit pun tidak rasa bersalah tetapi malah bangga melakukannya dan perbuatannya itu mengundang rasa marah netizen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



