Pelajar Tahfiz Kelantan Cipta Sejarah, Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan

MashaAllah, hebat adik ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar tahfiz dari Kelantan mencatat pencapaian luar biasa baru-baru ini apabila dia berjaya menamatkan ujian syahadah hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya 18 jam tanpa sebarang kesalahan

Menurut laporan Sinar Harian, pelajar yang dikenali sebagaiAhmad Fikri Abdul Hisyam, 16, dari Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM), Pengkalan Chepa itu telah menerima pengiktirafan pangkat 'mumtaz' selepas memperdengarkan keseluruhan bacaan hafazannya dalam masa sehari.

Anak ketiga daripada lima beradik yang berasal dari Limau Kasturi, Gua Musang itu memulakan bacaan seawal jam 5.30 pagi dan menamatkannya pada jam 11 malam pada Ahad lalu, dengan hanya berhenti rehat untuk makan serta menunaikan solat.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Difahamkan, bacaan tersebut diperdengarkan di hadapan enam panel terdiri daripada guru tahfiz

Pengetua MTM, Najmuddin Abdullah berkata, pencapaian Ahmad Fikri dianggap sangat luar biasa memandangkan kebiasaannya pelajar tahfiz memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menamatkan syahadah 30 juzuk Al-Quran.

"Kalau ikut kebiasaan pelajar akan buat 10 juzuk sehari, tapi Ahmad Fikri hanya ambil masa 18 jam dalam masa sehari.

"Perkara ini dilakukan atas permintaan dia (Ahmad Fikri) sendiri dan tiada paksaan mahupun tekanan daripada pihak sekolah,"
katanya.

Menurut Najmuddin, kejayaan itu turut mencipta sejarah di MTM sejak aliran tahfiz diperkenalkan pada tahun 2010, walaupun sekolah berkenaan telah beroperasi selama 73 tahun.

Beliau menjelaskan, sepanjang 15 tahun pelaksanaan aliran tahfiz di sekolah tersebut, belum pernah ada pelajar yang menamatkan hafazan 30 juzuk, sebaliknya kebanyakan hanya mampu menghafal sehingga 15 juzuk.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Najmuddin turut memaklumkan bahawa MTM bukan sebuah maahad tahfiz sepenuhnya, sebaliknya hanya membuka satu kelas aliran tahfiz hasil inisiatif Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ketika itu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor merangkap Speaker Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah

"Jika diikutkan pada sukatan, pelajar hanya wajib menghafal tiga juzuk setahun iaitu bermula dari Tingkatan Satu hingga Lima.

"Jadi apabila tamat pengajian mereka hanya boleh habiskan 15 juzuk Al-Quran, tapi Ahmad Fikri sangat luar biasa kerana dia berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk semasa di Tingkatan Tiga serta melakukan syahadah pada Tingkatan Empat,"
katanya.

Ahmad Fikri merupakan anak kepada pasangan pendidik, iaitu Abdul Hisham Daud, 54, seorang guru agama, dan Rohaizah Mat Naing, 49, guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Sebagai menghargai pencapaian tersebut, pihak sekolah merancang untuk mengadakan satu majlis khas bagi meraikan Ahmad Fikri pada tahun hadapan, bersempena pembukaan sesi persekolahan baharu.

SAYS.com
Image via Sinar HarianImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: