Pelajar SMK Merbau Harumkan Nama Malaysia, Dijemput Menghadap Raja Permaisuri Agong

Tahniah Theodora!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri, Sarawak, Theodora Pei Ern Huei, bukan lagi asing dalam liputan pendidikan apabila kisah kecemerlangannya pernah diketengahkan sebelum ini

SAYS.com
Image via SMK Merbau, Miri (Facebook)

Menurut laporan Sinar Bestari, Theodora mencipta pencapaian membanggakan pada Oktober 2025 apabila berjaya menempatkan diri dalam lima teratas kategori HIPPO 4 pada HIPPO English Olympiad Antarabangsa 2025 yang berlangsung di Assisi, Itali.

Lebih membanggakan, beliau memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar Malaysia, khususnya dari sekolah luar bandar, untuk bersaing di peringkat global.

Terbaharu, kecemerlangan Theodora terus mendapat pengiktirafan tertinggi apabila beliau telah dititahkan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

SAYS.com
Image via SMK Merbau, Miri (Facebook)

Jemputan penuh istiadat tersebut menjadi detik yang amat bermakna bukan sahaja buat Theodora, malah turut mencipta sejarah tersendiri buat SMK Merbau

Difahamkan, Theodora bukan satu-satunya pelajar yang menerima jemputan berprestij tersebut, sebaliknya beberapa pelajar terpilih dari seluruh negara turut hadir bagi menerima penghormatan tertinggi daripada Istana Negara atas pencapaian masing-masing.

Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi SMK Merbau, pihak sekolah menyifatkan jemputan itu sebagai satu detik yang amat membanggakan dan sukar dilupakan oleh seluruh warga sekolah.

SAYS.com
Image via SMK Merbau, Miri (Facebook)
SAYS.com
Image via SMK Merbau, Miri (Facebook)Image via

"Kami berbangga dengan kejayaan Theodora. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut menyerlah dalam bidang kokurikulum sehingga berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Antara pencapaiannya termasuklah penerima Anugerah Tokoh Pelajar, Anugerah Bintang Kokurikulum dan Anugerah Bintang Akademik sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2025.

"Tahniah Theodora. Teruslah melangkah dengan yakin. Kepada anak-anak Merbau yang lain, percayalah setiap impian itu mampu menjadi nyata jika kalian tidak pernah berhenti berusaha,"
katanya.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: