Pakar Dakwa Kerap Main Phone Antara Punca Anak-Anak Lemah Dalam Matematik

Menurutnya, otak kanak-kanak sekarang 'dibanjiri' dopamin palsu dari telefon.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perasan tak, walaupun anak dah belajar matematik berulang kali, tetapi tetap sukar nak faham atau cepat lupa langkah kira-kira?

Menurut pakar psikologi Amirul Ramli, puncanya mungkin bukan semata-mata kerana mereka tak pandai, tapi sebab fungsi mental otak yang terganggu akibat penggunaan telefon dan hiburan digital berlebihan.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Amirul menjelaskan bahawa memori kerja (working memory) adalah komponen utama yang menentukan sejauh mana seseorang boleh menguasai subjek seperti matematik.

"Bahagian otak ini yang simpan nombor dan operasi sementara anda tengah buat langkah seterusnya. Kalau memori kerja lemah, seseorang mudah keliru atau cepat hilang fokus walaupun baru sahaja belajar topik tertentu," katanya.

Dopamin kimia otak yang tentukan tumpuan dan semangat belajar

Menurut Amirul, fungsi memori kerja adalah sangat berkait rapat dengan tahap dopamin dalam otak, iaitu sejenis bahan kimia yang mengawal motivasi dan keseronokan.

Merujuk kepada kajian dalam jurnal Nature Communications, individu dengan tahap striatal dopamine yang tinggi (iaitu dopamin di bahagian striatum otak) didapati lebih pantas menggunakan memori kerja mereka dan mampu kekal fokus untuk menyelesaikan tugasan mencabar seperti masalah matematik.

Kajian sama turut mendapati dopamin juga membantu proses pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning) iaitu kebolehan otak untuk belajar daripada ganjaran dan kesilapan.

Tapi, otak anak sekarang 'dibanjiri' dopamin palsu dari telefon

"Masalahnya, gaya hidup digital masa kini menyebabkan sistem dopamin otak rosak. Main game, skrol media sosial. Rangsangan kenikmatan tu nak cepat. Tengok anime, drama, filem berjam-jam, itu semua hijack sistem dopamin," katanya lagi.

Aktiviti digital yang memberi ganjaran segera menyebabkan otak sentiasa dibanjiri dopamin, atau dikenali sebagai dopamine overload. Apabila keseronokan itu hilang, otak akan mengalami dopamine withdrawal, iaitu penurunan mendadak tahap dopamin.

Keadaan tersebut memberi kesan langsung kepada memori kerja dan tumpuan, menjadikan anak mudah bosan dan hilang minat bila belajar subjek yang perlukan proses perlahan seperti matematik.

Tambahnya lagi, apabila otak sudah terbiasa dengan ganjaran segera dan kurang aktiviti fizikal, tahap asas (baseline) dopamin turut menurun.

"Bila belajar benda-benda yang perlahan macam matematik ni, tambah pula kurang aktiviti fizikal, tahap asas dopamin ni pun menurun. Akhirnya anak mula give up," katanya.

Amirul menasihatkan ibu bapa agar mengawal pendedahan anak terhadap gajet dan aktiviti digital, serta menggalakkan aktiviti fizikal dan mental yang lebih seimbang bagi membantu menstabilkan semula sistem dopamin otak.

Hal itu kerana dalam dunia yang semakin pantas dan penuh gangguan digital ini, kemampuan untuk fokus dan berfikir mendalam seperti dalam matematik adalah satu kelebihan yang semakin sukar tetapi amat penting untuk diasah.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: