“Office Paling Unik!” – Syarikat Di China Ubah Kolam Renang Jadi Tempat Kerja

Tak pernah terfikir buat office dalam kolam, ini memang rare!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Douyin
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah syarikat reka bentuk di China menjadi tumpuan ramai selepas tular gambar dan video ubah suai dari kolam renang kepada pejabat

Menurut laporan South China Morning Post, syarikat bernama Luban Decoration Group itu mengambil langkah kreatif dengan mengeringkan kolam renang dan meletakkan kerusi, meja di alamnya.

Malah, mereka siap menggunakan tangga kolam asal sebagai laluan pekerja untuk keluar masuk. Seorang staf sempat bergurau dan berkata dia seperti sedang duduk dalam tangki selam kecil.

SAYS.com
Image via South China Morning Post
SAYS.com
Image via South China Morning Post

Walaupun ia nampak kreatif dan aesthetic, idea itu sebenarnya mencetuskan bualan ramai tentang keselamatannya

Ramai pakar keselamatan dan netizen sudah mula mempersoalkan macam mana staf ingin selamatkan diri jika berlaku apa-apa kecemasan.

Seorang peguam bernama Wang Ming berkata pejabat seperti itu tidak mempunyai laluan keluar khas, tiada sistem pengesan kebakaran, dan latihan keselamatan pun tidak jelas.

Antara komen netizen mengenai pejabat kolam renang itu adalah:

"Pejabat tenggelam ni memang rare. Kalau kau malas buat kerja, bos tak payah check CCTV. Dia jalan sikit je dah nampak semua orang."

"Nampak cool la pejabat bawah air ni, tapi lembap semacam. Nak kena reumatik ke duduk lama-lama kat deep end tu?"

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: