Nestlé Malaysia Anjur ‘Home of Good Nutrition Day’ Untuk Galak Gaya Hidup Lebih Sihat
Acara tersebut menampilkan stesen interaktif, termasuk sesi percubaan produk inovasi terbaharu seperti siri Perapan MAGGI untuk Air Fryer.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong gaya hidup yang lebih sihat, Nestlé Malaysia baru-baru ini menganjurkan edisi sulung Home of Good Nutrition Day khusus buat barisan profesional media di Media Prima
Bertempat di Balai Berita Bangsar pada 30 Julai lalu, acara ini bertujuan mengetengahkan peranan penting pendidikan pemakanan dan memberikan pendekatan praktikal kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang dalam kehidupan seharian.
Melalui sesi interaktif dan perkongsian secara langsung, inisiatif ini juga menjadi ruang untuk menghargai peranan penting pengamal media dalam membentuk naratif masyarakat berkaitan kesihatan dan kesejahteraan dengan membawa mesej pemakanan baik bukan sekadar sebagai ilmu, tetapi sebagai gaya hidup yang sebenar.
"Pemakanan yang baik seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan harian bukan sekadar sesuatu yang kita bincangkan, tetapi sesuatu yang kita amalkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.
"Acara ini merupakan cara kami menghidupkan falsafah tersebut secara lebih peribadi dan bermakna, terutamanya buat rakan-rakan media yang memainkan peranan penting dalam membentuk wacana awam berkaitan kesihatan dan kesejahteraan," tambahnya lagi dalam sesi sidang media di Balai Berita Bangsar.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.
Image via Nany Rahman/ SeismikProgram sepanjang hari itu menampilkan pelbagai stesen interaktif yang menarik, termasuk sesi percubaan produk inovasi seperti siri Perapan MAGGI untuk Air Fryer, serta booth daripada platform Nestlé Home of Good
Para tetamu turut menerima tip pemakanan seimbang dan strategi kesejahteraan yang boleh diaplikasikan dalam rutin harian.
"Ini mencerminkan strategi global kami, 'Good For You' iaitu komitmen untuk bukan sahaja menawarkan produk yang berkhasiat, tetapi juga ilmu yang membolehkan orang ramai membuat pilihan yang lebih baik.
"Kami tidak hanya melihat diri kami sebagai syarikat makanan, tetapi sebagai rakan dalam mempromosikan kesihatan awam," kata Aranols.
Strategi Good For You Nestlé juga merangkumi pelbagai inisiatif, antaranya MILO Malaysia Breakfast Day, Nestlé Omega Walk A Million Miles, serta program pendidikan kesihatan di sekolah menerusi inisiatif Nestlé for Healthier Kids (N4HK).
Sejak diperkenalkan, program N4HK telah menjangkau lebih 180,000 pelajar di seluruh negara, dengan sasaran untuk mencapai 500,000 pelajar menjelang 2030.
Bercakap tentang kepentingan inisiatif seumpama ini, Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé Malaysia, Wong Mei Ching, menekankan keperluan mendesak untuk bertindak, berdasarkan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat di Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023.
"Kita kini berdepan dua cabaran serentak, terlebih zat seperti pengambilan gula dan garam berlebihan, serta kekurangan zat penting seperti vitamin dan mineral. Ini beban berganda.
"Sebab itu pendekatan kami bukan hanya memastikan produk sihat mudah didapati, tetapi juga memperkasakan masyarakat dengan ilmu dan alatan praktikal yang mudah digunakan," jelas Wong.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (tengah) hadir bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali (keenam dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols (kelima dari kanan) semasa Program Nestlé Home of Good Nutrition Day yang berlangsung di Balai Berita, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Network dan Primeworks Studios, Nini Yusof (keempat dari kanan); Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Zulkifli Jalil (paling kiri); Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Sharanjit Singh (paling kanan); dan Ketua Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husin Jahit (kedua dari kanan).
Image via NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIMMenurut Nestlé Malaysia, syarikat itu terus komited dalam usaha menambah baik profil nutrisi bagi rangkaian produknya secara berperingkat
Setakat ini, sebanyak 49 produk merangkumi 25% daripada keseluruhan portfolio Nestlé telah menerima pensijilan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL).
Ini termasuk 100% produk di bawah jenama MILO serta 80% daripada produk tenusu dan berasaskan bijirin. Beberapa produk utama seperti NESTUM dan Nestlé Everyday turut diperkaya dengan mikronutrien penting seperti kalsium dan zat besi.
Nestlé juga mengambil langkah memformulasikan semula produk sedia ada bagi mencapai keseimbangan antara rasa dan nilai nutrisi.
Antara inovasi terbaharu termasuk MILO Intense Dark Chocolate yang mengandungi kurang gula, serta MAGGI Syiok Aglio Olio yang memperlihatkan bahawa pemakanan sihat tidak semestinya perlu mengorbankan rasa.
"Rakyat Malaysia memang gemarkan makanan, dan kami amat menghormati perkara itu.
"Sebab itulah kami memberi tumpuan kepada inovasi yang mempertingkatkan aspek pemakanan dan rasa supaya pengguna tidak rasa perlu berkompromi," kata Aranols.
Ketika ditanya apakah nasihat terbaik buat rakyat Malaysia dalam menghadapi landskap pemakanan yang semakin kompleks hari ini, Wong menekankan dua perkara utama iaitu kesederhanaan dan konsistensi
"Mulakan dengan perkara asas. Semak label nutrisi, dan peka dengan saiz hidangan.
"Pemakanan adalah satu perjalanan seumur hidup. Yang penting adalah membuat pilihan yang bijak, sedikit demi sedikit setiap hari," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 