Nampak Sama Tapi Sebenarnya Tidak, Ini Perbezaan Ayam Geprek, Gepuk & Penyet
Cara penyediaan, bahan perapan dan gaya penyajian mereka sangat berbeza.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau tengok dari luar, semua nampak lebih kurang sama ayam goreng dengan sambal merah menyala yang boleh buat berasap telinga
Tapi sebenarnya, ayam geprek, gepuk dan penyet ada identiti masing-masing! Setiap satu berbeza dari segi cara masak, tekstur, dan juga jenis sambal yang digunakan.
Bagi rakyat Malaysia yang gemarkan hidangan pedas dan berempah, tiga sajian asal Indonesia ni memang antara menu wajib cuba.
Cuma masalahnya, ramai yang masih keliru "apa beza ayam geprek dengan ayam penyet? Bukan dua-dua pun ayam yang ditumbuk ke?".
Sebenarnya, walaupun sama-sama "diketuk" atau "dipenyet", cara penyediaan, bahan perapan, dan gaya penyajian mereka sangat berbeza.
1. Ayam Geprek – ayam goreng crispy yang "digeprek"
Asal: Yogyakarta, Indonesia
Ayam geprek sebenarnya berasal daripada kata "geprek" yang bermaksud ditumbuk atau diketuk.
Biasanya ayam ni digoreng rangup dengan tepung, kemudian digeprek bersama sambal bawang pedas di atasnya.
Bezanya dengan ayam penyet, ayam geprek lebih rangup sebab dilapisi tepung dan sambalnya tak terlalu berminyak.

2. Ayam Gepuk – versi goreng berempah dan lembut
Asal: Jawa Tengah
Ayam gepuk pula menggunakan ayam yang direbus dulu dengan rempah khas seperti lengkuas, kunyit, serai dan daun limau sebelum digoreng. Jadi tekstur dia lebih lembut dan kaya dengan aroma rempah.
Lepas digoreng, ayam ni akan diketuk sedikit (tak hancur macam geprek) supaya rempah sambal lebih meresap.
Sambal dia biasanya lebih berminyak dan kurang pedas, sesuai untuk yang nak rasa pedas-pedas manja.

3. Ayam Penyet – yang paling "old school" antara semua
Asal: Surabaya, Indonesia
Ayam penyet ni boleh dikira "abang sulung" kepada ayam geprek dan gepuk. Ayamnya tak guna tepung tetapi hanya digoreng garing selepas diperap dengan rempah tradisional.
Lepas tu, ia akan dipenyet (dihentak perlahan) dengan lesung supaya lembut dan senang disuap dengan sambal.
Sambal ayam penyet terkenal dengan rasa pedas menyengat dan berasap, biasanya dihidang sekali dengan tempe, tauhu goreng, dan sayur ulam. Kalau nak yang betul-betul 'authentic', ini pilihan paling ori!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 