MyResipi Ajak Rakyat Malaysia Pilih Juara Nasi Lemak & Sertai Acara Mini ‘Makan Sini Best’

Undian kini telah dibuka hingga 7 Oktober 2025 di laman mikro rasmi myresipi.com/makansinibest.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

MyResipi kini memasuki fasa kedua kempen komuniti "Makan Sini Best", sebuah inisiatif untuk menobatkan "Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang" berdasarkan pilihan orang ramai

Selepas menerima lebih 100 respons daripada pembaca MyResipi sepanjang Ogos, lima jenama nasi lemak terbaik telah disenarai pendek.

Lima calon yang berjaya mara ke peringkat akhir ialah:

SAYS.com
Image via MyResipi – Makan Sini Best!

Nasi Lemak Yam Yam – Terkenal dengan sambal istimewa dari utara yang tidak terlalu manis tetapi pedas & masin seimbang serta nasi yang harum dengan jintan manis.

Nasi Lemak Saleha – Disukai ramai kerana nasi yang suam dan kaya rasa, sambal yang 'just nice' tak terlalu pedas dan lauk seperti ayam rendang yang digemari.

Nasi Lemak Village Park – Keistimewaannya terletak pada ayam goreng berempah yang rangup di luar tetapi lembut berjus di dalam bersama nasi santan segar yang menggabungkan beras basmati dan biasa untuk tekstur yang ringan dan harum.

Nasi Lemak Tamparuli – Dibalut daun pisang dengan nasi lemak santan wangi, sambal tumis pekat dan pilihan lauk seperti ayam goreng berempah & paru sambal yang mencurah selera.

Nasi Lemak Tok Ami – Sambalnya dimasak selama hampir 8 jam hingga pekat dan rasa yang tidak pernah jemu, dibungkus daun pisang dengan resepi turun-temurun dan portion yang banyak serta harga berpatutan.

Sesi undian penentuan "Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang" kini telah dibuka

Kini, undian sudah dibuka hingga 7 Oktober 2025 di laman mikro rasmi myresipi.com/makansinibest, di mana rakyat Malaysia boleh menentukan siapakah yang layak bergelar juara.

"Undian daripada rakyat Malaysia adalah kunci untuk menobatkan juara sebenar. Ini peluang kita untuk meraikan pengusaha tempatan yang setiap hari menghidangkan nasi lemak terbaik mengikut cita rasa komuniti. Sokongan anda akan memberi pengiktirafan yang mereka layak terima,"
kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama, REV Media Group.

Kemeriahan kempen "Makan Sini Best" turut dihangatkan dengan Peraduan Komen Paling Meyakinkan di Facebook MyResipi. Dua peserta yang memberi alasan terbaik mengapa mereka bersama seorang rakan wajar dirai di gerai pemenang akan memenangi Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona European Rose Tableware Set.

SAYS.com
Image via MyResipi – Makan Sini Best!

Jangan lepaskan peluang hadir ke acara mini "Makan Sini Best" pada 9 Oktober ini

Kempen "Makan Sini Best" akan mencapai kemuncaknya pada Khamis, 9 Oktober 2025 melalui acara mini khas yang meraikan pengumuman juara. Bertempat di kedai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang yang akan diberitahu kelak, pengunjung akan menikmati:

100 nasi lemak percuma untuk pengunjung terawal, produk tajaan daripada Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee, pelanggan ke-50 akan membawa pulang LE NONA Tropical Orchid Tableware Set dan peluang berjumpa vendor pemenang secara langsung.

Undi sekarang di myresipi.com/makansinibest dan hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober untuk meraikan wira nasi lemak pilihan anda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: