MOMOYO Lancar Aiskrim YoFlip Batik Edisi Terhad Yang Pertama Di Malaysia Sempena Hari Kebangsaan
Rekaan unik cawan YoFlip Batik Edisi Terhad Hari Kebangsaan itu boleh diterbalikkan dan tidak tumpah.
Cover image via MOMOYO MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
MOMOYO, jenama minuman teh inovatif melancarkan aiskrim yang boleh diterbalikkan pertama di Malaysia, YoFlip Batik Edisi Terhad sempena Hari Kebangsaan
Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan, berkata dengan rekaan unik cawan boleh dibalikkan dan tidak tumpah, YoFlip memberikan kejutan yang menyeronokkan dalam setiap hidangan.
Beliau berkata, edisi batik itu menampilkan rekaan cawan istimewa yang diinspirasikan daripada warisan batik ikonik Malaysia bagi menggabungkan keseronokan, kelembutan berkrim dan kebanggaan budaya dalam satu sajian mudah alih.
"Ia bukan sekadar aiskrim, ia tentang meraikan kreativiti Malaysia, warisan budaya serta semangat perpaduan dalam satu cawan yang boleh digenggam, dibalikkan dan dinikmati.
"YoFlip Batik Edisi Terhad boleh didapati di semua cawangan MOMOYO di seluruh negara mulai 29 Ogos 2025 sementara stok masih ada," katanya ketika majlis pelancaran produk itu baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Kanan Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026, Zurina Abd Samad (kanan) dan Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan (tengah).
Image via MOMOYO MalaysiaSasaran pengembangan agresif dengan mahu membuka 600 outlet seluruh negara
Sebagai tambahan kepada pelancaran produk, MOMOYO mengumumkan rancangan pengembangan yang bercita tinggi. Sejak memasuki pasaran Malaysia pada April 2024, jenama ini telah membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara.
Sasaran untuk 2025 adalah untuk berkembang kepada 250 cawangan, diikuti oleh 300 hingga 400 cawangan pada 2026 dengan matlamat utama untuk mencapai 600 cawangan yang meliputi semua bandar utama dengan pasaran dua pertiga di seluruh negara.
Ditubuhkan pada 2022, MOMOYO telah mencipta segmennya menerusi strategi harga berpatutan, menawarkan teh buah segar dan aiskrim dalam julat harga RM5 hingga RM10, memudahkan pengguna menikmati minuman berkualiti tanpa tekanan kewangan. Jenama ini menggunakan buah-buahan segar dalam semua produk dan telah melengkapkan pensijilan Halal dengan 99 peratus kakitangan adalah rakyat Malaysia.

MOMOYO merancang untuk melancarkan 6 hingga 8 produk baharu setiap tahun termasuk rangkaian 'kegemaran' Malaysia yang menampilkan kopi putih, teh buah durian, aiskrim Milo dan minuman ais limau. Produk bakeri juga akan diperkenalkan pada masa hadapan bagi memperkayakan menu.
Dalam pada itu, MOMOYO turut menawarkan sokongan menyeluruh termasuk rantaian bekalan yang mantap, operasi piawai, latihan sistematik, sistem keahlian dan integrasi platform penghantaran.
Daripada pemilihan tapak dan reka bentuk cawangan kepada latihan operasi, MOMOYO menyediakan bantuan dari hujung ke hujung, ditambah dengan kos permulaan berpatutan untuk menggalakkan keusahawanan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



