Mengantuk Lepas Sahur? Pakar Jelaskan Sama Ada Boleh Terus Sambung Tidur Atau Tidak
Siapa yang suka tidur lepas sahur tu, baca ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rasa mengantuk selepas sahur memang perkara biasa, lebih-lebih lagi pada awal Ramadan bila badan masih cuba menyesuaikan diri dengan rutin baharu
Menurut laporan BERNAMA, bangun awal untuk bersahur sedikit sebanyak mengganggu jam biologi, jadi tidak hairanlah ramai yang rasa nak sambung tidur sebaik selesai makan.
Pensyarah dan Pakar Perunding Respiratori Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Dr Aisya Natasya Musa berkata, tidur selepas sahur sebenarnya tidak salah.
"Masalah utama bukan tidur itu sendiri, tetapi terus baring dan tidur lama sejurus selepas makan, khususnya dalam posisi terlentang. Keadaan ini boleh mengganggu pencernaan dan pernafasan, sama seperti baring terus selepas makan berat pada waktu lain," jelasnya.

Difahamkan, selepas makan sistem pencernaan menjadi lebih aktif dengan peningkatan asid perut untuk memproses makanan
Jika terus baring, asid perut lebih mudah naik ke saluran pemakanan dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa, pedih ulu hati serta menjejaskan kualiti tidur.
Bukan itu sahaja, tidur terlalu lama selepas sahur juga boleh menyebabkan seseorang memasuki fasa tidur dalam dan REM, sekali gus membuatkan proses bangun menjadi lebih sukar dan badan terasa lebih lesu.
Jenis makanan ketika sahur turut memainkan peranan. Makanan berat dan berlemak boleh membuatkan aliran darah lebih tertumpu pada sistem pencernaan hingga mencetuskan rasa mengantuk.

Pensyarah dan Pakar Perunding Respiratori Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Dr Aisya Natasya
Image via BERNAMA"Makanan tinggi gula ringkas atau karbohidrat halus seperti kuih manis dan minuman manis pula boleh menyebabkan kenaikan gula darah secara mendadak sebelum menurun dengan cepat, sekali gus meningkatkan rasa mengantuk selepas sahur," jelasnya.
Jika benar-benar mengantuk, Dr Aisya menyarankan supaya tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur dan hadkan kepada rehat singkat sahaja. Posisi mengiring ke kiri atau separa duduk juga lebih baik bagi mengurangkan risiko asid perut naik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 