Mek Yun Titip Nasihat Padu Buat Pelajar Tahun Akhir – “Jangan Pernah Rasa Projek Korang Biasa”
Adik-adik yang masih belajar tu dengarlah nasihat Mek Yun ni okay!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai pelajar universiti, menghasilkan projek akhir tahun bukan perkara yang mudah
Ia bukan saja menguji tahap akademik, malah kekuatan mental, emosi dan kesabaran pelajar. Tak hairanlah ramai pelajar tahun akhir berdepan tekanan, hilang keyakinan diri dan hampir berputus asa apabila berdepan cabaran projek yang dirasakan terlalu besar.
Baru-baru ini, pempengaruh serta graduan cemerlang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mek Yun, tampil berkongsi nasihat inspirasi yang menyentuh hati buat pelajar tahun akhir.
Menurut laporan Sinar Bestari, Mek Yun berkata setiap pelajar perlu percaya bahawa idea mereka mempunyai nilai tersendiri.
"Jangan pernah rasa projek anda kecil, biasa atau tak cukup hebat. Setiap idea yang dihasilkan itu adalah langkah pertama untuk masa depan anda sendiri," katanya.

Tambahnya lagi, kejayaan tidak datang dalam sekelip mata dan setiap orang bermula dari titik yang sama
"Mek Yun dulu pun bermula macam adik-adik semua. Jadi percaya pada diri. Consistent. Jangan berhenti belajar," katanya lagi.
Untuk info, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UTHM.

Beliau pernah menerima Anugerah Naib Canselor serta Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik semasa Istiadat Konvokesyen ke-21 universiti itu.
Kini, Mek Yun sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila dilantik sebagai Panel Penilai Projek Akhir Tahun Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, membuktikan kepercayaan pihak universiti terhadap kepakarannya.
Tahniah diucapkan kepada Mek Yun. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk percaya pada diri sendiri dan tidak pernah berhenti belajar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 