Mandi Air Garam & Limau Nipis Buat Ramai ‘Ketagih’ Rasa Tenang?
Bukan saja murah dan mudah, malah memberi kesan segera.
Cover image via @nurul.aledruce (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, satu amalan lama kembali mencuri perhatian mandi air garam bersama limau nipis
Apa yang dulu sekadar petua tradisional, kini popular semula di media sosial apabila ramai berkongsi pengalaman rasa badan lebih 'ringan' dan fikiran jadi lebih tenang hanya selepas satu sesi mandian.
Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi pencetus, apabila rutin ringkas ini digambarkan seperti 'spa mini' di rumah. Bukan saja murah dan mudah, malah memberi kesan segera.
Jadi tidak hairanlah, ramai mula mencuba sendiri selepas melihat testimoni yang tular.

Fenomena ini bukan sekadar trend kosong. Dalam dunia serba laju hari ini, ramai mencari jalan cepat untuk reset diri tanpa perlu berbelanja besar. Mandi air garam muncul sebagai jawapan dan menjadi satu bentuk self-care yang praktikal dan boleh dilakukan bila-bila masa.
Secara asasnya, mandi air garam melibatkan penggunaan air suam yang dicampur dengan garam kasar
Dalam kepercayaan tradisional, garam sering dikaitkan dengan elemen pembersihan, manakala air suam pula membantu melonggarkan otot dan mengurangkan tekanan badan.
Apabila ditambah dengan limau nipis, pengalaman mandi menjadi lebih segar. Aroma sitrus yang terhasil bukan sahaja menyenangkan deria, malah memberi efek menenangkan seolah-olah berada di spa.
Untuk mencuba sendiri, hanya perlukan beberapa bahan asas iaitu:
- 3 hingga 5 sudu besar garam kasar
- 1 hingga 2 biji limau nipis
- Air suam secukupnya

Cara buat 'spa viral' ini di rumah
Langkahnya sangat mudah. Ikuti 5 langkah berdasarkan laporan My Resipi di bawah:
1. Mulakan dengan mengisi air suam ke dalam baldi atau tab mandi
2. Kemudian, masukkan garam kasar dan kacau hingga larut sepenuhnya.
3. Perah limau nipis ke dalam air dan, jika mahu, masukkan sekali hirisan kulitnya untuk bau yang lebih menyegarkan.
4. Gunakan air ini untuk mandi seperti biasa atau jadikan bilasan terakhir. Luangkan beberapa minit untuk duduk dan berehat, sambil tarik nafas perlahan dan lepaskan segala tekanan hari itu.
Ramai memilih untuk melakukannya pada waktu malam kerana ingin membantu tidur lebih lena selepas badan 'dilepaskan' dari kepenatan.
Lihat posting di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



