Malaysia Kini Di Kedudukan Ke-64 Dunia Negara Kurang Bahagia, Jatuh Lima Anak Tangga
Difahamkan, laporan itu dibuat hasil kerjasama antara pihaknya bersama Oxford Wellbeing Research Centre dan UN Sustainable Development Solutions Network.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia kini berada di kedudukan ke-64 dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025 yang disediakan oleh firma penyelidik Gallup
Sebelum ini Malaysia berada di tangga ke-59 di mana jatuh lima anak tangga.
Menerusi laporan Sinar Harian, laporan itu dibuat hasil kerjasama antara pihaknya bersama Oxford Wellbeing Research Centre dan UN Sustainable Development Solutions Network yang menganalisis tempoh antara 2022 hingga 2024 melibatkan kira-kira 1,000 responden dari 147 negara.
Menurut Gallup, penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk.
Antara faktor itu adalah sokongan sosial, pendapatan, kebebasan kesihatan dan persepsi terhadap rasuah.
"Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam kalangan anggota ASEAN, malah menjadi antara empat negara teratas di dunia di mana rakyatnya paling kerap berkongsi makanan bersama.
"Rakyat Malaysia berkongsi kira-kira 11 hidangan seminggu dengan orang lain," katanya.
Singapura duduki tempat pertama dalam kalangan negara ASEAN
Sementara itu, Gallup memberitahu dalam kalangan negara ASEAN, Singapura menduduki tempat pertama iaitu di tangga ke-34, diikuti Vietnam di tempat ke-46 dan Thailand di kedudukan ke-49.
Diikuti dengan Indonesia pula berada di tangga ke-83, disusuli Laos (93), Kemboja (124) dan Myanmar (126).
Manakala, negara-negara Nordik sekali lagi mengawal kedudukan apabila Finland dilaporkan berada di tangga teratas untuk lapan tahun berturut-turut dengan markah 7.736 dalam Indeks Penilaian Hidup.
"Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat, sama seperti tahun sebelumnya. Belanda juga kembali berada di kelompok lima teratas manakala Costa Rica (6) dan Mexico (10) buat pertama kali tersenarai dalam kedudukan 10 negara paling bahagia.
"Jerman turut mencatatkan peningkatan dari tempat ke-24 ke-22, manakala Amerika Syarikat (AS) jatuh satu anak tangga iaitu kedudukan ke-24, rekod terburuknya setakat ini.
"Lubnan (141), Sierra Leone (142) dan Afghanistan (143) disenaraikan sebagai negara paling tidak bahagia," ujar laporan tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via