5 Pelajar Cemerlang SPM 2024 SMK Ungku Aziz Ditawarkan Biasiswa Program Lestari Cemerlang MNRB

Untuk rekod, Program Lestari Cemerlang MNRB adalah merupakan program sekolah angkat Malaysian National Reinsurance Berhad.

Cover ImageCover image via MNRB

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

MNRB Holdings Berhad (MNRB) baru-baru ini meraikan lima (5) pelajar terbaik SPM 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz (SMK Ungku Aziz), Sabak Bernam, Selangor dengan penganugerahan biasiswa di Majlis Penutup Program Lestari Cemerlang MNRB

Untuk rekod, Program Lestari Cemerlang MNRB (Malaysian National Reinsurance Berhad) merupakan program sekolah angkat MNRB, yang bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar di sekolah luar bandar. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat MNRB yang telah dilaksanakan sejak tahun SMK Ungku Aziz adalah sekolah angkat MNRB yang kelima dibawah pelaksanaan program ini.

Mewakili MNRB, majlis penutup ini dihadiri oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re), Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad,Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi. Turut hadir di majlis ini Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Anuar Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam,Dr. Zakaria Othman serta Pengetua SMK Ungku Aziz, Mohd Sueib Ismail.

SAYS.com

Ahmad Noor Azhari, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) (tengah), Wan Ahmad Najib, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad (dua dari kiri), Ekmarrudy Othman, Naib Presiden Kanan, Korporat dan Perancangan Strategik Kumpulan, MNRB Holdings Berhad, MNRB Holdings Berhad (dua dari kanan), Dr. Mohd Anuar, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (tiga dari kiri), Dr. Zakaria, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam (kiri), dan Mohd Sueib Ismail, Pengetua SMK Ungku Aziz (tiga dari kanan) di Majlis Penutup Program Lestari Cemerlang MNRB baru-baru ini.

Image via MNRB

Pada majlis penutup program hari ini, seramai lima (5) orang pelajar dari SPM 2024 SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam telah ditawarkan biasiswa melalui Tabung Biasiswa MNRB. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima biasiswa MNRB di bawah Program Lestari Cemerlang MNRB seramai lima belas (15) orang penerima. Daripada jumlah tersebut seramai lapan (8) orang kini sedang berkhidmat di pelbagai jabatan dalam Kumpulan MNRB.

Program Lestari Cemerlang MNRB telah dirangka untuk membantu sekolah-sekolah di luar bandar bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang khususnya akademik

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Re, Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf dalam ucapannya berkata, "Biasiswa ini mencerminkan komitmen kami untuk menyokong aspirasi pelajar luar bandar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kami yakin dengan sedikit dorongan dan peluang yang diberikan, mereka mampu melakar kejayaan besar di masa hadapan."

"Program Lestari Cemerlang MNRB telah dirangka untuk membantu sekolah-sekolah di luar bandar bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang khususnya akademik. Ini sejajar dengan usaha berterusan MNRB untuk membantu para pelajar dengan menyediakan platform awal dalam bidang akademik dan kokurikulum. Inisiatif ini merangkumi pelbagai program yang menyokong kecemerlangan akademik serta pembangunan sahsiah pelajar secara menyeluruh. Usaha ini mencerminkan komitmen kami dalam membina masyarakat yang berilmu, progresif dan berdaya saing," kongsinya lagi.

SAYS.com

Wan Ahmad Najib, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad (tiga dari kanan) merasmikan 'IKHLAS e-Screening Room' yang ditaja oleh Takaful IKHLAS, disaksikan oleh Ahmad Noor Azhari (dua dari kiri), Ekmarrudy Othman (kanan), Dr. Mohd Anuar (tiga dari kiri), Dr. Zakaria Othman (dua dari kanan) dan Mohd Sueib Ismail (kiri).

Image via MNRB

Sepanjang tempoh dua (2) tahun pelaksanaan Program Lestari Cemerlang MNRB di SMK Ungku Aziz, pelbagai sumbangan dan penajaan telah disalurkan kepada pihak sekolah. Sumbangan ini meliputi program akademik seperti kelas-kelas tuisyen atau tambahan, program motivasi dan program skor SPM. MNRB turut menaja kemudahan pembelajaran menerusi penubuhan sebuah bilik khas yang dinamakan 'MNRB e-Learning Room' yang dilengkapi dengan kemudahan seperti smart TV dan papan pintar (smart board).

MNRB melalui anak syarikatnya Takaful IKHLAS, telah turut menaja sebuah lagi bilik yang dinamakan 'IKHLAS e-Screening Room'. Bilik ini merupakan sebahagian daripada pusat sumber sekolah yang telah dinaik taraf dan kini dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran dan pengajaran, yang pada keseluruhannya menggunakan rangkaian Internet dan juga Smart TV. Di majlis ini juga, sebuah lagi anak syarikat MNRB iaitu Malaysian Re, turut menyumbang melalui inisiatif zakat wakalah kerja-kerja penambahbaikan surau sekolah.

SAYS.com

Ahmad Noor Azhari, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) (dua dari kiri), menyempurnakan penyampaian sumbangan penambahbaikan Surau SMK Ungku Aziz kepada Mohd Sueib Ismail.

Image via MNRB

Pengetua SMK Ungku Aziz, Encik Mohd Sueib Ismail dalam ucapannya amat berterima kasih kepada Kumpulan MNRB di atas segala sumbangan yang telah diberikan.

"Kesudian MNRB menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat amat besar maknanya kepada kami. Melalui program ini, pihak sekolah telah memperolehi pelbagai sumbangan bukan sahaja dalam aspek kewangan namun juga dalam aspek kepakaran dan motivasi. Saya yakin melalui program ini ianya akan menyuntik lebih semangat dan memberi manfaat kepada para pelajar dan warga sekolah untuk jangka masa panjang demi mencipta kejayaan dan kecemerlangan", ujar beliau.

MNRB berharap agar impak program ini terus memberi inspirasi kepada warga sekolah, khususnya pelajar-pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik serta membina masa depan yang lebih gemilang.

Sebagai rekod, sejak Program Lestari Cemerlang MNRB diperkenalkan, kos keseluruhan pelaksanaannya sehingga kini berjumlah lebih RM400,000 dengan melibatkan lima (5) buah sekolah angkat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: