Malaysia Bakal Cipta Sejarah, Umrah Naik Kapal Persiaran Patuh Syariah Bermula 2026

Malaysia dikatakan menjadi negara pertama di rantau Asia yang memperkenalkan pakej umrah menggunakan kapal persiaran patuh syariah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia bakal melancarkan pelayaran umrah menggunakan kapal persiaran patuh syariah sepenuhnya, yang dijadualkan bermula Januari ini

SAYS.com
Image via Threads

Menurut laporan The News, inisiatif tersebut menjadikan Malaysia negara pertama di Asia menawarkan perjalanan umrah melalui jalan laut dengan konsep mesra Muslim sepenuhnya.

Berbeza dengan kapal persiaran biasa, kapal yang digunakan telah diubah suai khas mengikut prinsip syariah. Tiada kasino, tiada alkohol, dan semua makanan yang disediakan disahkan halal.

Pendek kata, suasana atas kapal direka supaya jemaah dapat mengekalkan fokus kepada ibadah sepanjang perjalanan.

Aktiviti hiburan konvensional turut digantikan dengan pengisian rohani, termasuk ceramah agama, tazkirah dan sesi bimbingan ibadah oleh mutawwif bertauliah

SAYS.com
Image via Threads

Ia bertujuan untuk membantu jemaah membuat persediaan mental dan spiritual sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Difahamkan, kapal akan berlepas dari Port Klang, Selangor, merentasi Lautan Hindi sebelum berlabuh di Pelabuhan Jeddah, Arab Saudi. Dari situ, jemaah akan meneruskan perjalanan darat ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah.

Pakej umrah atas laut ini dilihat sangat sesuai untuk warga emas dan keluarga, kerana menawarkan perjalanan yang lebih santai, tenang dan tidak tergesa-gesa seperti penerbangan udara. Pada masa sama, ia turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan Islam global.

Dengan pengenalan konsep ini, bakal jemaah kini mempunyai alternatif baharu dan unik untuk menunaikan umrah. Bukan sekadar perjalanan, tetapi satu pengalaman ibadah yang menyeluruh dan patuh syariah dari awal hingga akhir.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Threads
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: