Restoran Di KL Ini Hidangkan Seafood ‘Fresh’ Dengan Pelbagai Sos Lazat. Confirm Puas Hati!
Jom melawat Ombak Kitchen di Bangsar dan Bukit Jelutong untuk hidangan seafood yang lazat!
Siapa sahaja yang tidak menggemari seafood bukan? Lebih-lebih lagi jika segar, lazat dan berharga berpatutan.
Image via null
Ombak Kitchen yang mempunyai cawangan di Bangsar dan Bukit Jelutong ini wajib menjadi destinasi anda untuk hidangan makanan laut yang berbaloi dan sesuai dengan cita rasa anda.
Di restoran ini, anda digalakkan untuk menikmati hidangan mereka menggunakan tangan. Seperti *tagline* mereka iaitu, "Pakai tangan jer!". Memang *best*!
Ombak Kitchen menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang dihidangkan gaya 'shell-out'. Sesuai untuk dikongsi berama-ramai!
Image via @ombakkitchen (Instagram)
Image via Jay Zee / SAYS Makan
Image via Jay Zee / SAYS Makan
Sama ada peminat hidangan pedas atau tidak, Ombak Kitchen mempunyai pelbagai pilihan untuk yang sesuai dengan cita rasa anda. Antara perisa yang anda wajib cuba ialah Creamy Zesty Lemon, Crazy Cajun, Creamy Tom Yam, Buttermilk dan Spicy Chocolate Sauce.
Antara kegemaran kami ialah Crazy Cajun kerana sos ini mempunyai rasa pedas dan rempah ratus yang sangat menyelerakan.
Di Ombak Kitchen, anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan laut premium seperti Alaskan King Crab, Canadian lobster, dan oysters
Image via @ombakkitchen (Facebook)
Image via @ombakkitchen (Instagram)
Untuk setiap set *shell-out*, anda perlu memilih antara kombo yang mempunyai ketam, *crayfish*, ataupun *lobster*. Harga kombo bermula dari RM159 untuk 2 hingga 2 orang. Setiap kombo akan dihidangkan bersama lala, kupang, sotong dan sayur-sayuran seperti jagung, brokoli dan nasi.
Image via @ombakkitchen (Instagram)
Anda juga boleh menambahkan makanan laut ke dalam kombo anda seperti *snow crab*, *rock lobster*. Terdapat juga hidangan seperti *garlic bread*, ayam goreng dan *nachos*!
Image via @ombakkitchen (Instagram)
Jom serbu Ombak Kitchen! Dapatkan info penuh di sini:
Cawangan Bangsar
Alamat: 12, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.30 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +6010-216 5946
Cawangan Bukit Jelutong
Alamat: 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi:
5.00 petang – 11.30 malam (Isnin hingga Jumaat)
12.00 tengah hari – 12.00 malam (Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: +6010-220 5946
Image via Jay Zee Lok / SAYS Makan
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

Cover image via 