Crab Stick, Ubi Kayu & 10 Lagi Lauk Masak Lemak Unik Anda Wajib Cuba
Khas untuk korang yang gilakan lauk masak lemak!
Cover image via My Resipi | My Resipi1. Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas
Tidak ada idea lauk apa yang sesuai untuk masak perut lembu? Anda boleh cuba Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas. Resipi ini memang khas untuk anda yang gemarkan perut lembu!
Dapatkan resipi Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas di sini.
2. Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ubi Kayu
Sukakan masak lemak yang kuah pekat? Resipi Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ubi Kayu ini boleh anda hasilkan. Dengan daun kesum yang memberi ekstra flavour, anda pasti akan suka resipi ini!
Dapatkan resipi penuh Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ubi Kayu di sini.
3. Crab Stick Masak Lemak
Hidangan ini sesuai untuk anda yang sedang menjimat wang. Memang betul lauk masak lemak sesuai dimasak dengan apa-apa sahaja. Dengan crabstick pun sedap! Jom cuba resipi lain daripada lain ini.
Dapatkan resipi penuh Crab Stick Masak Lemak di sini.
4. Ayam Masak Lemak Cili Api
Siapa sahaja tidak sukakan hidangan klasik Ayam Masak Lemak Cili Api? Ada caranya untuk membuat hidangan ini dengan cara yang authentic. Jom ikuti resipi yang cukup menyelerakan ini!
Dapatkan resipi penuh Ayam Masak Lemak Cili Api di sini.
5. Sayur Bayam Masak Lemak
Lengkapkan lauk-pauk anda dengan Sayur Bayam Masak Lemak ini. Lauk yang cukup berkhasiat ini sangat mudah untuk dihasilkan. Tak sampai 15 minit dah siap! Jimatkan wang dan masa anda dengan mengikut resipi ini!
Dapatkan resipi penuh Sayur Bayam di sini.
6. Masak Lemak Labu Kuning
Dengan kuah yang berlemak, dimasak pula dengan labu yang lembut dan dimakan dengan nasi putih, anda pasti akan menikmati hidangan ini!
Dapatkan resipi Masak Lemak Labu Kuning di sini.
7. Udang Masak Lemak Mangga Cili Padi
Biasanya anda pernah cuba hidangan Udang Masak Lemak Cili Padi, lauk ini bertambah lazat apabila dimasak dengan buah mangga! Dengan rasa lemak dan manisnya, resipi ini memang unik dan enak!
Dapatkan resipi penuh Udang Masak Lemak Mangga Cili Padi di sini.
8. Petola Masak Lemak
Sayur petola memang berkhasiat dan mengandungi banyak nutrien yang elok untuk kesihatan badan. Antara lauk yang boleh dimasak dengan sayur petola ialah Petola Masak lemak. Hidangan ini pasti disukai orang ramai!
Dapatkan resipi penuh Petola Masak lemak di sini.
9. Masak Lemak Cili Api Ikan Kering Bersama Petai
Pelbagai cara kita boleh masak dengan ikan kering. Salah satu hidangan anda wajib cuba ialah Masak Lemak Cili Api Ikan Kering Bersama Petai. Rugi kalau tak cuba!
Dapatkan resipi penuh Masak Lemak Cili Api Ikan Kering Bersama Petai di sini.
10. Ikan Masak Lemak Merah
Anda yang sedang mengidam lauk ikan, bolehlah ikuti resipi simple dan murah ini. Dengan rasa kuahnya yang pekat dan sedikit pedas, lauk ini memang terbaik. Confirm tambah nasi!
Dapatkan resipi penuh Ikan Masak Lemak Merah di sini.
11. Ketam Masak Lemak
Lauk masak lemak memang lauk yang cukup enak. Tambah pula ketam dalam masak lemak, hidangan masak lemak akan menjadi berganda kali lagi sedap! Sangat sesuai untuk menghidang lauk ini kepada keluarga dan tetamu.
Dapatkan resipi penuh Ketam Masak Lemak di sini.
12. Lemak Sayur Campur
Inginkan idea lauk sayuran pula? Jom ikuti resipi Lemak Sayur Campur! Dengan sayuran segar seperti kacang panjang, kubis, kubis bunga, lobak merah dan sebagainya, lauk Lemak Sayur Campur simple ini boleh anda hasilkan!
Dapatkan resipi penuh Lemak Sayur Campur di sini.
