Dapat Hampir 9K ‘Retweets’, Ayuh Cuba Resepi Kek Oreo Versi Kukus Ini. Guna 2 Bahan Je!
Kedua-dua bahan ini boleh didapati dengan harga bawah RM10.
Cover image via Twitter @cuti_makanSesekali teringin juga nak makan kek buatan rumah atau home-made
Terutamanya bila bermacam-macam resepi kek asyik lalu-lalang dekat wall atau feed laman sosial kita, tak kisahlah Facebook, Instagram, tidak pun Twitter.
Nak buat kek ini senang saja tapi tak semua orang ada oven di rumah. Kalau ada pun, kadang-kadang sudah rosak dek sudah lama tak pakai.
Tapi sebenarnya boleh saja nak 'baking' dan buat kek tanpa oven. Caranya, dengan menggunakan api dari dapur gas dan air. Bukan setakat mudah dan menjadi, tapi sedap juga tau!
Menerusi laman Twitter, telah dikongsikan resepi membuat kek Oreo versi kukus. Paling best, bajet yang digunakan untuk membuat kek ini adalah kurang daripada RM10!
Resepi kek kukus Oreo ini sebenarnya adalah daripada pengguna Facebook bernama Hana Ramly, kemudian dikongsikan semula melalui akaun Twitter, @cuti_makan.
Image via Facebook Hana Ramli
Cara membuat kek kukus Oreo ini mudah sahaja dan menggunakan hanya dua bahan iaitu:
- Dua Oreo panjang.
- Sekotak susu coklat yang kecil.
Image via Facebook Hana Ramli
Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:
1. Masukkan susu dengan Oreo ke dalam blender. Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
Image via Facebook Hana Ramli
2. Blend seperti di bawah.
Image via Facebook Hana Ramli
3. Isi adunan dalam bekas apa-apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu sudah masak atau belum, try cucuk menggunakan garfu. Kalau masih ada adunan yang lekat pada garfu itu bermakna kek Oreo tersebut belum masak. Kukus lagi.
Image via Facebook Hana Ramli
4. Ini rupa kek selepas siap kukus. Moist gitu. Biarkan ia rest sejuk dulu.
Image via Facebook Hana Ramli
5. Lastly tuang topping apa-apa pun, tidak letak topping pun tidak mengapa. Tetap sedap.
Image via Facebook Hana Ramli
Disclaimer: Yang topping itu saya guna teknik double boil chocolate.
Mudah bukan? So apa lagi? Jom kita try!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

