Hasilkan Homemade Pearls Dengan 5 Bahan Saja Menggunakan Resepi Ringkas Ini. Chewy Betul!
Senang je nak buat boba pearls di rumah sebenarnya!
Cover image via imgur.comOrang Asia dengan Bubble Milk Tea memang berpisah tiada. Kebelakangan ini, banyak gerai bubble tea beroperasi di merata tempat bagaikan cendawan liar.
Tiap-tiap hari minum bubble milk tea pun tak jelak, kerana semuanya sedap!
Image via Tenor
Kami pun mula tertanya-tanya bagaimana hendak membuat pearls sendiri di rumah. Rupa-rupanya senang sahaja. Black pearls ini nampak je susah nak buat, tetapi senang sangat sebenarnya kerana hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja!
Menggunakan resepi kami, anda akan dapat menghasilkan pearls yang sangat chewy, bertekstur kenyal-kenyal apabila dinikmati bersama minuman kegemaran anda seperti teh ais dan juga kopi ais. Nak minum bersama sirap bandung pun boleh!
Anda boleh membuat homemade pearls ini sebagai aktiviti keluarga bersama kanak-kanak pada hujung minggu. Pasti seronok!
Tonton video di bawah untuk mengetahui cara untuk membuat homemade boba pearls dengan ringkas sekali:
RESEPI PENUH
Saiz hidangan: Menyajikan 4-5 orang.
Masa penyediaan: 1 1/2 jam.
Image via Seismik Makan
Bahan-bahan
Image via Seismik Makan
- 1 cawan gula perang
- 1/2 cawan air
- 2 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 sudu kecil pewarna hitam
- 2 helai daun pandan
Image via Seismik Makan
Cara
1. Dalam satu periuk, larutkan 1/2 cawan gula perang bersama 1/2 cawan air.
2. Masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit sehingga adunan dicampur dengan sebati. Keluarkan adunan ke atas permukaan yang bersih dan sejuk.
3. Masukkan 1/2 sudu kecil pewarna hitam. Uli doh sehingga warna hitam menjadi sekata dah doh tidak melekat.
4. Bulatkan doh menjati sfera bersaiz kecil.
5. Dalam periuk lain, renehkan air bersama 2 helai daun pandan dan 1/2 cawan gula perang. Masukkan pearls dan rebus selama 45 minit ataupun sehingga pearls telah menjadi chewy .
6. Rendamkan pearls yang telah masak ke dalam air sejuk. Homemade Boba Pearls anda telahpun siap!
Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan
RESEPI MILK TEA
Image via Seismik Makan
Bahan-bahan
- 1/4 cawan boba pearls
- 1 cawan ais
- 1 cawan teh O' ais (tambah gula)
- 1/2 cawan susu segar
Cara
1. Dalam cawan, masukkan 1/4 cawan boba pearls, 1 cawan ais, 3/4 cawan teh O' ais dan juga 1/2 cawan susu segar. kacau.
2. Bubble Milk Tea sudahpun siap untuk dinikmati!
Image via Seismik Makan
SELAMAT MENCUBA!
Image via Seismik Makan
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Image via Seismik Makan
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

