Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Ini Amat Mudah Dibuat Dan Enak Dikongsi Bersama
Resepi daging masak merah ini lagi enak daripada di kedai, senang pulak tu untuk dibuat.
Cover image via Farahziana Jarahim/FacebookJom buat daging masak merah ala Thai di rumah?
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
Rindukan daging masak merah di gerai Thai kegemaran anda? Jangan risau, anda boleh masak sahaja sendiri di rumah. Walaupun kelihatan rumit, resepinya amat mudah sekali. Anda hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur sahaja.
Ikuti resepi ini untuk mendapat info lanjut dan arahan memasak yang terperinci. Jom tengok resepinya?
Untuk resepi daging masak merah ala Thai yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Farahziana Jarahim!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Daging
- Pewarna makanan merah (optional)
- 3-4 ulas bawang putih
- Bawang besar
- Lada besar
- Cili kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Garam
- Gula
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
Mari lihat cara untuk membuatnya:
1. Rebuskan daging di dalam periuk bersama sedikit pewarna merah (optional).
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
2. Setelah daging masak, ketepikan dan biar sejuk sebentar.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
3. Sambil menunggu daging sejuk, ketukkan bawang putih dan hiriskan cili besar dan bawang besar.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
4. Setelah daging sudah sejuk, hiriskan daging nipis atau mengikut ketebalan yang anda inginkan.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
5. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan hirisan daging sebentar tadi sehingga sedikit garing.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
6. Apabila daging sudah garing, angkat daging dari kuali dan ketepikan seketika.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
7. Seterusnya, tumiskan bawang putih dan cili kisar didalam minyak yang sama.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
8. Setelah cili telah pecah minyak, masukkan sos tomato, sos cili. sos tiram dan 4 sudu air rebusan daging sebentar tadi ke dalam kuali yang sama.
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
9. Selepas itu, masukkan pula daging yang telah digoreng tadi dan letakkan garam dan gula secukup rasa.
10. Kemudian, masukkan cili besar dan bawang besar yang telah dihiris dan gaulkan sehingga sebati.
Daging masak merah ala thai anda pun sedia untuk dinikmati!
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
Apabila daging masak merah ala thai anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar pada keluarga tercinta dan confirm akan tambah punya!
Image via Farahziana Jarahim/Facebook
Sumber resepi: Farahziana Jarahim.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

