[Gambar] 7 ‘Port’ Kambing Bakar Terbaik Anda Wajib Kunjungi Di Lembah Klang
Tak payah tunggu open house atau majlis aqiqah untuk enjoy kambing bakar best lagi! ;D
Cover image via House of Kambing1. Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar @ Setia Alam
Terletak di Setia Alam, Restoran Cik Tri Sahara sangat terkenal dengan hidangan daging bakar mereka. Anda wajib cuba signature dish rmereka, iaitu Kambing Bakar Sahara yang dihidangkan dengan nasi putih, kicap cili yang cukup pedas dan sup kosong yang sangat lazat. Terdapat juga pelbagai hidangan di sini termasuklah sup gearbox kambing, ayam penyet, burung puyuh penyet dan macam-macam lagi!
Alamat: Restoran Cik Tri Sahara, Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 11 malam (tutup setiap Khamis)
No. Telefon: +6019-299 6725
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via BujangJalang_ (Twitter)
Image via OhBulan
Image via vitdaily
2. D'Boss Kambing Bakar Berapi @ Taman Meru
Mendirikan geraimereka bersebelahan Restoran Niarasa, ramai pelanggan mengunjung ke sini untuk memuaskan keinginan kambing bakar mereka.
Kambing Bakar di sini diperap dengan adunan Bumbu dan rempah-ratus yang membuatkan rasa kambing bakar mereka cukup flavourful. Anda pasti akan impress dengan kambing bakar yang sangat juicy dan menyelerakan.
Alamat: D'BOSS Kambing Bakar Berapi, lot 2120, Jalan Meru, Taman Meru, 41050 Klang, Selangor
Waktu Operasi: 8 pagi – 12 tengah malam (tutup setiap Isnin)
No. Telefon: +6019-326 4500
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via D'Boss Kambing Bakar Berapi (Facebook)
Image via D'Boss Kambing Bakar Berapi (Facebook)
Image via D'boss Kambing Bakar Berapi
3. Nasi Kukus Sotong Besar @ Shah Alam
Bagi peminat Nasi Kerabu dan daging bakar, bolehlah berkunjung sini untuk merasa hidangan specialty mereka iaitu Nasi Kerabu Daging Bakar! Hidangan ini complete dengan budu, sambal belacan dan kambing bakar black pepper yang lembut dan juicy. Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan-hidangan lain seperti nasi kukus sotong besar, char kuey teow, bihun celup dan banyak lagi.
Alamat: Nasi Kukus Sotong Besar, no.1, Jalan Kemuning Prima G33/G, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 11 malam
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via Lensa Pijut
Image via @aminothman (Twitter)
Image via yayaazhar_ (Instagram)
4. Restoran Seri Keningau @ Shah Alam
Image via Restoran Seri Keningau (Facebook)
Image via Restoran Seri Keningau (Facebook)
Untuk yang sukakan masakan Indonesia dan juga masakan Thai, bolehlah kunjungi ke restoran ini! Jika anda kunjungi ke sini, semestinya anda wajib mencuba Nasi Kambing Bakar London mereka. Dihidangkan dengan nasi serai mewangi, sambal kicap air asam dan juga salad segar, hidangan ini memang cukup padu!
Selain itu, anda juga wajib cuba nasi kapal karam mereka, yang merupakan nasi kerabu biru yang ditaburi banyak dengan pelbagai seafood segar seperti udang, ikan, ketam, lala dan lain-lain.
Alamat: Restoran Seri Keningau, no 28-A, Selangor, Jalan Pinang D 18/D, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.00pagi- 10.30malam
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via TripAdvisor
5. AA Super Grill @ Shah Alam
Image via AA Super Grill (Facebook)
Image via AA Super Grill (Facebook)
Kalau anda on a budget, tapi sedang mengidam kambing bakar, anda haruslah kunjungi ke restoran ini! AA Super Grill merupakan salah satu port Kambing Bakar yang paling popular dalam list ini yang sangat murah.
Mereka menghidangkan Daging Bakar mereka dengan roti, dan dilimpahi dengan sos merecik homemade black pepper. Selain itu, jangan lupa cuba hidangan lain mereka juga seperti buttermilk olio, burger grill dan macam-macam lagi!
Alamat: Restoran Ideaa Station, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 6 petang – 11 malam
No. Telefon:+6019-634 0294
Dapatkan maklumat lanjut di:Facebook
Image via nina mirza
6. House of Kambing @ Kajang
Image via House of Kambing (Facebook)
Image via House of Kambing (Facebook)
Terletak di MAEPS Serdang, anda boleh enjoy keenakan kambing bakar di sini sambil menikmati pemandangan ladang sekeliling yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan. Selain itu, anda juga boleh bermain dengan pelbagai haiwan ternakan mereka di sana termasuklah kambing, unta dan juga rusa!
Apa yang special tentang daging bakar di sini adalah, mereka hanya menggunakan kambing muda yang tidak melepasi umur setahun. Ini supaya daging yang digunakan berasa lebih enak dan tidak berbau hamis. Wajib cuba!
Alamat: House of Kambing, Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi:
11 pagi – 9 malam (Isnin – Khamis)
11 pagi – 6 petang (Sabtu & Ahad)
(tutup setiap Jumaat)
No. Telefon: +6014-977 3531
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via House of Kambing
7. Kambing Bakar Kontena @ Kampung Baru
Image via Kambing Bakar Kontena (Facebook)
Image via Kambing Bakar Kontena (Facebook)
Terletak di Kampung Baru, anda confirm akan puas makan daging bakar di sini yang dihidangkan dengan crinkle fries atau cheesy wedges, salad segar dan sos kicap special mereka. Cheesy wedges mereka kat sini memang sedap dengan sos keju mereka yang pekat dan lazat!
Alamat: Kambing Bakar Kontena,Lot 275, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6 petang – 1 pagi
(tutup setiap Selasa)
No. Telefon:+6010-777 0850
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via fezalmohd

