Nikmati Pizza Carbonara Yang ‘Rare’ & Sedap Di Restoran Di PJ Ini. Rasa Macam Di Itali!

Ada pizza carbonara, margherita, dan juga truffle mac & cheese. Bukan biasa-biasa tau!

Enlarge text
Logo

Dengar cerita, ada satu spot pizza terbaru yang lazat dan unik di SS17, Petaling Jaya. Restoran tersebut ialah Pizza Mansion!

Image via null

Pizza Mansion menghidangkan hidangan wood fire pizza enak pada harga yang sangat berpatutan. Asli macam di Itali tau!

Untuk *topping* pizza yang klasik dan asli, anda wajib sekali mencuba Hey Margherita (RM26) yang mempunyai bes sos tomato, *buffalo mozzarella*, keju parmesan, daun basil, minyak zaitun dan *oregano*.

Walaupun simple, pizza ini sangat melazatkan kerana mempunyai gabungan keju yang *creamy* dan sos tomato *homemade*. Serius padu!

Anda juga wajib mencuba pizza klasik seperti Holy Pepperoni (RM30) yang mempunyai kepingan daging *peperoni* yang *crispy*, keju *fior di latte* yang penuh lemak dan keju *parmesan* untuk menambahkan rasa umami. 

Peminat keju pasti tergila-gila akan Say Cheese (RM32) yang mempunyai 4 jenis keju iaitu *fior de latte*, *gouda*, *gorgonzolla* dan *gran padano*. Hanya keju berkualiti tinggi yang digunakan dan setiap keju mempunyai rasa unik yang seimbang dengan rasa sos tomato. Tak rasa muak pun!

Untuk pizza yang unik, terdapat banyak lagi topping yang anda boleh cuba seperti Carbonara (RM30), Pineapple Express (RM30) dan 'Smokey Robinson' (RM35)!

Pizza Carbonara mempunyai sos keju, cendawan butang, *bacon* daging, keju *mozarella* dan telur separuh masak. Memang rasa seperti sos pasta carbonara di atas pizza. Lazat betul! Manakala pizza Pineapple Express pula mempunyai kepingan daging itik salai, buah nanas yang dipanggang, *jalapeno* dan keju *mozarella*.

Jika anda mengidamkan pilihan pizza yang sihat, anda wajib sekali menikmati 'Smoke Robinson' yang mempunyai ikan salmon yang disalai, sayur arugula dan sour cream. Bukan senang untuk dapatkan pizza yang unik tau!

Selain dari pizza, restoran ini juga menghidangkan Mac & Cheese yang begitu luar biasa!

Jom serbu! Dapatkan info penuh Pizza Mansion di sini:

Alamat: BG3, Block B, Happy Mansion, Jalan 17/13, Section 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.30 malam (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

PS: Restoran ini menggunakan bahan-bahan dari sumber yang halal tetapi masih belum mempunyai sijil halal rasmi dari JAKIM.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan menarik di PJ di sini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: