7 Resepi Nasi Tradisional Yang Ringkas & Enak Untuk Rumah Terbuka Di Hari Raya. Mudah Je!
Jom hasilkan resepi-resepi hidangan klasik dan lazat ini!
Cover image via MyResipi1. Nasi Tomato
Nasi Tomato memang sesuai dihidangkan di rumah terbuka kerana rasanya yang sesuai dengan cita rasa semua orang. Hidangan nasi ini sesuai digandingkan dengan apa sahaja lauk-pauk pedas seperti ayam masak merah.
Dapatkan resepi penuh Nasi Tomato di sini.
2. Nasi Minyak
Resepi Nasi Minyak memang hidangan wajib untuk upacara istimewa. Rasanya yang penuh rempah ratus dan rasa manis dari kismis sangat sesuai dinikmati bersama apa sahaja lauk. Bukan itu sahaja, resepi ini juga ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggaul semu bahan-bahan dan memasak nasi sahaja!
Dapatkan resepi penuh Nasi Minyak di sini.
3. Nasi Kekacang
Hidangan Nasi Kekacang memang sangat memuaskan kerana mempunyai kekacang seperti kacang kuda, kacang gajus dan kacang dal yang mengenyangkan. Selain itu, resepi Nasi Kekacang ini juga sangat aromatik kerana mempunyai daun pandan, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkis dan daun sup.
Dapatkan resepi penuh Nasi Kekacang di sini.
4. Nasi Beriani
Resepi Nasi Beriani yang kaya dengan bahan-bahan aromatik ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja. Hidangan ini juga sesuai sekali digandingkan bersama lauk-lauk hari raya seperti rendang ayam atau rendang daging.
Dapatkan resepi penuh Nasi Beriani di sini.
5. Nasi Hujan Panas
Hidangan Nasi Hujan Panas sememangnya hidangan klasik di rumah terbuka. Apa yang menarik tentang hidangan ini ialah warnanya yang sangat meriah. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menumis beberapa bahan-bahan dan gaulkan bersama nasi sahaja.
Dapatkan resepi penuh Nasi Hujan Panas di sini.
6. Nasi Jagung
Untuk sesuatu yang unik, anda wajib sekali mencuba resepi Nasi Jagung ini. Resepi ini memang sangat melazatkan kerana campuran jagung memberikan rasa yang savory dan tekstur yang menarik kepada nasi ini. Memang sedap!
Dapatkan resepi penuh Nasi Jagung di sini.
7. Nasi Kebuli Ayam
Nasi Kebuli Ayam merupakan hidangan tradisi yang terkenal di Pahang. Rasanya yang penuh dengan bahan-bahan aromatik seperti serai, bawang putih dan halia pasti akan menggamit selera. Ditambah pula dengan kismis manis yang menaikkan lagi rasa ayam. Memang wajib cuba!
Dapatkan resepi penuh Nasi Kebuli Ayam di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
