Lebih 8k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Donat Paling Gebu & Mudah Guna 4 Bahan Je!
Jom cuba hasilkan resepi donat yang simple ini. Dijamin gebu tau!
Cover image via Shima ChymDonat sememangnya snek kegemaran ramai kerana teksturnya yang gebu dan lembut!
Tetapi untuk menghasilkan donat yang gebu gebas, anda biasanya memerlukan jangka masa yang lama kerana adunan donat perlu direhatkan. Memang agak susah lebih-lebih lagi jika anda tiada masa.
Oleh itu, resepi donat ini unik kerana anda tidak perlu merehatkan doh. Hanya perlu hasilkan adunan dan gorengkan sahaja. Jom cuba? 😀
Image via kisahresepi.com
Untuk resepi donat gebu yang hanya menggunakan 4 bahan, ikuti perkongsian pengguna Facebook Shima Chym yang telah mendapat sebanyak 8.8k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Image via Shima Chym / Facebook
Bahan A
- 2 sudu besar yis
- 2 sudu besar susu pekat
- 3/4 cawan air suam
- 1 sudu teh garam
Bahan B
- 2 sudu marjerin
- 2 cawan tepung gandum
Jom ikuti cara membuatnya pula:
1. Gabungkan Bahan A dan gaulkan sehingga sebati. Rehatkan agar campuran yis menjadi kembang.
Image via Shima Chym / Facebook
2. Gaulkan Bahan B menggunakan tangan sehingga sebati.
Image via Shima Chym / Facebook
3. Gabungkan Bahan A dan Bahan B dan gaulkan sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan dan boleh diuli menjadi bulat.
Image via Shima Chym / Facebook
4. Hasilkan bebola doh kecil dengan menggengamkan adunan dan mengeluarkan doh di celah jari. (Rujuk kepada gambar di bawah)
Image via Shima Chym / Facebook
Image via Shima Chym / Facebook
5. Bulatkan doh dan hasilkan lubang di tengah menggunakan jari sahaja. Cucukkan menggunakan jari dan tarik sehingga lubang terbentuk. Anda juga boleh menggunakan acuan jika ada.
Image via Shima Chym / Facebook
6. Seterusnya, panaskan minyak dan gorengkan donat sehingga bertukar menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.
Image via Shima Chym / Facebook
Image via Shima Chym / Facebook
Apabila donat sudah siap digoreng, salutkan dengan gula kastor, coklat atau apa sahaja toppings kegemaran anda. Sedap dan dijamin gebu gebas tau!
Image via Shima Chym / Facebook
Sumber resepi: Shima Chym
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan / Facebook
