Lebih 8k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Puri Mudah Dan Sedap. Guna 5 Bahan Je!
Anda hanya memerlukan, tepung, butter, susu pekat, garam dan air untuk menghasilkan resepi puri ini.
Cover image via Fariha Norbaya / FacebookRasa puri yang rangup dan enak semestinya menjadi kesukaan ramai
Walaupun nampak seperti sukar untuk dibuat, resepi puri ini amat mudah sebenarnya. Dengan hanya menggunakan 5 bahan yang ada di dapur, anda boleh menjamu seisi keluarga dengan puri yang lazat!
Image via Wats Cooking
Untuk resepi puri yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Fariha Norbaya yang telah mendapat sebanyak 8.6k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- 500 gram tepung gandum
- 1 sudu besar butter atau marjerin
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 cawan air suam atau secukupnya
Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:
1. Satukan tepung gandum, butter atau marjerin, garam dan susu pekat.
Image via Fariha Norbaya / Facebook
2. Gaulkan bahan-bahan tersebut.
3. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di jari.
Image via Fariha Norbaya / Facebook
4. Ulikan doh seperti gambar di atas.
5. Kemudian, bahagikan doh tersebut kepada jumlah puri yang anda inginkan. (Resepi ini sesuai untuk menghasilkan 30 keping puri)
6. Bulatkan doh tersebut menggunakan butter agar doh lebih lembut dan tidak melekat.
Image via Fariha Norbaya / Facebook
7. Selepas itu, canaikan bulatan doh hingga nipis supaya lebih rangup.
Image via Fariha Norbaya / Facebook
7. Akhir sekali, pastikan minyak betul-betul panas dan gorengkan doh yang sudah diuli tadi.
8. Curah minyak ke atas puri sehingga kuning keemasan dan menggelembung seperti gambar di bawah.
9. Goreng untuk sekejap sahaja dan angkat puri tersebut daripada kuali.
Image via Fariha Norbaya / Facebook
Apabila puri sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan bersama sambal bilis tumis, kuah kari, dal dan bermacam lagi. Sedapnya tak terkata!
Image via Fariha Norbaya / Facebook
Image via Yummy Tummy Aarthi
Sumber resepi: Fariha Norbaya
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

