Lebih 8k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Sagu ‘Confirm’ Jadi Guna 5 Bahan Je!
Jom cuba hasilkan kuih sagu yang senang ini!
Cover image via Nanie Shaffiee / FacebookKuih sagu merah merupakan kuih tradisi kegemaran ramai yang begitu mudah sekali untuk dihasilkan di rumah 😀
Image via salinajohari
Kuih sagu ini sememangnya ringkas untuk dihasilkan kerana resepi ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Bukan itu sahaja, resepi ini juga cuma menggunakan pengukus. Jika anda tidak mempunyai ketuhar pun anda boleh cuba resepi ini. Jom cuba? 😀
Untuk resepi kuih sagu yang mudah dan confirm jadi, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nanie Shaffiee yang telah mendapat sebanyak 8.1k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- 500 gram sagu
- 12 hingga 13 sudu besar gula
- 1 sudu besar kordial sirap atau pewarna merah
- Kelapa parut dan garam secukup rasa (digaul)
Jom ikuti cara membuatnya pula:
1. Cucikan sagu dengan lembut agar tidak hancur.
2. Kemudian, rendamkan sagu selama 10 minit. Pastikan sagu ditenggelam air.
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
3. Sementara sagu direndam, sediakan pengukus anda.
4. Setelah direndam, sagu akan menjadi kembang.
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
5. Seterusnya, masukkan gula.
6. Tambahkan pewarna merah atau kordial sirap.
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
7. Gaulkan sehingga rata. Adunan akan menjadi berair tetapi jangan buang atau tambahkan air.
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
8. Sapukan sedikit minyak pada loyang agar kuih sagu tidak melekat.
9. Pindahkan sagu sekali dengan airnya ke dalam loyang.
10. Kemudian, letakkan loyang di pengukus dan kukus selama 30 hingga 40 minit atau sehingga putih sagu ditengah sudah hilang.
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
Apabila kuih sagu sudah siap, inilah hasilnya. Apabila sagu sudah sejuk, potong kecil dan gaulkan di dalam kelapa parut. Sedap tak terkata tau!
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
Sumber resepi: Nanie Shaffiee
Image via Nanie Shaffiee / Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

