Lebih 5K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Keropok Lekor Yang Sedap Dan Mudah Dibuat
Dengan menggunakan hanya 5 bahan, anda juga boleh menikmati keropok lekor 'fresh' tanpa perlu keluar rumah!
Cover image via Nor Darwina Che Ismail/FacebookNikmati rasa ikan yang enak apabila anda cuba resepi keropok lekor ini!
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
Apabila terasa hendak makan keropok lekor fresh, anda tidak perlu lagi ke kedai. Dengan resepi mudah ini, anda boleh membuat keropok lekor sendiri di rumah sahaja! Yang seronoknya, anda boleh membuat keropok lekor ini mengikut citarasa sendiri!
Resepinya merangkumi 5 bahan asas dapur sahaja! Keropok lekor ini boleh nikmati bila-bila sahaja samada pagi, petang ataupun malam. Yang penting, pasti akan jadi kesukaan ramai! Jom tengok resepinya?
Untuk resepi keropok lekor yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nor Darwina Che Ismail yang telah mendapat sebanyak 5k perkongsian!
Bahan-bahan yang anda perlukan:
- 10 ekor ikan selayang atau kembung (lebih banyak lebih sedap).
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung ubi kayu
- Setengah cawan air
- 1 sudu serbuk penaik
- 2 sudu garam
- Sedikit ajinomoto (opsyenal)
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
Jom kita lihat cara-cara untuk membuatnya:
1. Asingkan isi ikan mentah daripada tulangnya.
2. Kisarkan isi ikan, garam dan ajinomoto bersama air.
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
3. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk.
4. Masukkan tepung ubi kayu, tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam bahan yang telah dikisar dan gaulkan sehingga rata.
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
5. Ulikan bahan tersebut hingga tidak melekat di tangan (jika melekat, tambahkan sedikit lagi tepung ubi kayu).
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
6. Bentukkan pes keropok sehingga panjang dan bulat seperti gambar di bawah.
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
7. Didihkan air di dalam periuk.
8. Masukkan keropok lekor ke dalam air yang mendidih dengan hati hati.
9. Tunggu sehingga keropok lekor terapung di atas permukaan air.
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
10. Angkat keropok lekor dan toskan airnya.
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
11. Sejukkan keropok lekor sepenuhnya.
12. Panaskan minyak di dalam kuali.
13. Gorengkan kreopok lekor sehingga kuning keemasan dan rangup di luar.
14. Akhir sekali, angkat keropok lekor dari minyak dan keropok lekor anda sedia untuk dihihdang!
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
Apabila keropok lekor sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan bersama sos untuk mencicah, pasti menjilat jari!
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
Image via Nor Darwina Che Ismail/Facebook
Sumber resepi: Nor Darwina Che Ismail.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

