Lebih 6k ‘Retweets’, Lelaki Ini Kongsi 6 Resepi Hidangan Mexico Mudah Gunakan 5 Bahan Je!
Jom hasilkan hidangan tacos, salsa mangga dan banyak lagi. Mudah dan ringkas!
Cover image via @ihsanlikestoeat (Twitter)Siapa sahaja yang tidak rambang mata apabila melihat hidangan Mexico seperti nachos, tacos dan juga burrito bukan? Tengok sahaja pun sudah tahu sedap!
Image via mediasosialkini.blogspot.com
Kebanyakkan hidangan-hidangan Mexico memerlukan bahan-bahan dapur yang mahal dan cara penyediaan yang agak rumit.
Tetapi sebenarnya, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di dapur anda. Setiap hidangan juga tidak menggunakan lebih dari 5 bahan pun (tidak termasuk garam dan lada hitam). Memang mudah dan murah!
Untuk resepi hidangan Mexico yang murah dan simple, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Twitter @ihsanlikestoeat yang telah mendapat sebanyak 6k 'retweets'
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
1. Thyme Beef & Mushrooms
Bahan-bahan
- 500 gram daging (dipotong nipis)
- 1 cawan cendawan (dihiris)
- 1 sudu kecil thyme
- 1 sudu besar kicap masin pekat
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
Cara-cara
- Gaulkan daging dengan garam, lada hitam dan thyme.
- Panaskan sedikit minyak dan gorengkan daging selama 5 minit. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali yang sama, masukkan cendawan dan masak selama 5 minit.
- Masukkan daging yang telah digoreng dan kicap masin pekat. Masak seketika.
- Tambahkan garam dan lada hitam mengikut cita rasa anda.
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
2. Fresh Mango Salsa
Bahan-bahan
- 1 biji buah mangga
- 2 biji tomato
- 1 biji bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 genggam daun ketumbar (dipotong halus)
- 1/2 buah lemon (diperah jus)
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
Cara-cara
- Potong dadu buah mangga, tomato, bawang merah dan bawang putih.
- Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan-bahan.
- Tambahkan jus lemon, garam dan lada hitam.
Tips tambahan: Anda juga boleh menambah *jalapeno* jika anda mahu.
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
3. Pan-Seared Chicken with Basil Tomato Sauce
Bahan-bahan
- 6 ketul paha ayam
- 1 tin sup tomato basil (jenama Marks & Spencer)
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
- Parsley (untuk hiasan)
Cara-cara
- Lapkan paha sehingga kering.
- Tambahkan garam dan lada hitam dan perap selama 5 minit.
- Dalam kuali, panaskan minyak dan letakkan bahagian kulit ayam terlebih dahulu.
- Tutupkan kuali dengan pembalut aluminium dan letakkan sesuatu yang berat di atas ayam (Anda boleh menggunakan periuk.)
- Masakkan ayam selama 10 minit atau sehingga kulit menjadi perang keemasan dan rangup.
- Terbalikkan ayam dan tambahkan sup. Renehkan selama 15 minit.
- Tambahkan garam dan lada hitam mengikut cita rasa anda. Hiaskan dengan parsley.
Image via @ihsanliketoeat (Twitter)
4. Smoked Paprika Roasted Corn Cheese Dip
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan jagung
- 1 sudu besar serbuk smoked paprika
- 1/2 pek sapuan keju
Cara-cara
- Dalam kuali non-stick, masakkan jagung tanpa menggunakan minyak sehingga menjadi sedikit hangus.
- Pindahkan ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk paprika, garam, lada hitam dan sapuan keju. Gaul sehingga sebati.
- Tambahkan perasa mengikut cita rasa anda.
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
5. Caramelised Onions & Peppers
Bahan-bahan
- 8 biji bawang kuning (dihiris halus)
- 1/2 biji lada benggala kuning
- 1/2 biji lada benggala hijau
- 1 sudu besar gula merah
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
Cara-cara
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan bawang kuning dengan sedikit garam dan lada hitam.
- Tutupkan kuali, masakkan bawang pada api yang sederhana selama 10 hingga 15 minit. Kacau setiap 5 minit.
- Masukkan lada benggala dan masakkan selama 10 minit.
- Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
6. Homemade Cajun Chips
Bahan-bahan
- 6 biji kentang Holland
- 1 1/2 sudu kecil oregano kering
- 1 1/2 sudu kecil serbuk cayenne pepper
- 1 1/2 serbuk smoked paprika
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
Cara-cara
- Kupaskan kentang dan hiris nipis.
- Gorengkan kentang sehingga perang keemasan.
- Sebaik sahaja digoreng, taburkan garam, lada hitam, cayenne pepper dan paprika.
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
Setelah siap semua hidangan anda siap, inilah hasilnya. Mudah sahaja dan paling penting sekali, sangat enak! Lebih-lebih lagi jika dinikmati dengan taco shells dan tortilla wrap. 😀
Image via @ihsanlikestoeat (Twitter)
Sumber resepi: @ihsanlikestoeat
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

