Lebih 16k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Marble Jelita Viral. Cantik & Sedap!
Jom cuba hasilkan kek marble jelita ini. Memang cantik mata memandang!
Cover image via Azlina Ina FansBaru-baru ini, Kek Marble Jelita telah viral di sosial media kerana warnanya yang terang dan coraknya yang begitu menarik
Image via Cikgu Garang Academy / Facebook
Bukan itu sahaja, kek ini juga mempunyai tekstur yang gebu dan ringan seperti kek *chiffon*. Kek ini juga sangat mudah untuk disediakan kerana menggunakan bahan-bahan murah yang anda mungkin sudah ada di rumah. Anda juga boleh mengubahsuai warna mengikut pilihan anda. Jom cuba hasilkan di rumah? 😀
Untuk resepi Kek Marble Jelita viral & mudah, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Azlina Ina Fans yang telah mendapat sebanyak 16k shares di Facebook!
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
Bahan A
- 5 biji putih telur (kuning telur diasingkan)
- 50 gram gula kastor
Bahan B
- 5 biji kuning telur (putih telur diasingkan)
- 250 gram marjerin (jenama Pelangi)
- 200 gram gula kastor
- 1 sudu esen vanila
Bahan C
- 200 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 50 ml susu segar
Jom ikuti cara membuatnya pula:
1. Gabungkan putih telur dan gula. Pukul sehingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
2. Dalam mangkuk lain, gabungkan gula, marjerin, kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang. (Jika anda mahu, anda juga boleh menambah 1 sudu besar ovalet.)
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
3. Seterusnya, ayakkan tepung ke dalam adunan.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
4. Masukkan pula susu segar secara berselang seli dengan tepung.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
5. Apabila adunan sudah sebati, gaulkan putih telur yang dipukul menggunakan senduk dengan perlahan. Gaul sehingga sebati.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
6. Kemudian, agihkan adunan kepada 4 bahagian. Guna warna terang dan kontras seperti merah, biru, hijau untuk mendapatkan hasil yang cantik.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
7. Griskan loyang dengan mentega dan kertas minyak.
8. Lapiskan adunan mengikut warna yang berbeza. Mulakan dengan warna merah jambu, biru dan hijau. Simpankan separuh adunan untuk dicorakkan di atas kek.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
9. Ratakan adunan warna hijau di atas kek. Kemudian, sudukan adunan warna merah jambu dan hitam di setiap penjuru dan warna biru di tengah. (Rujuk gambar di bawah)
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
10. Sebelum mula menghias kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada 180°C.
11. Dengan menggunakan lidi, corakkan adunan dengan menggabungkan warna-warna.
12. Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar pada 150°C hingga 160°C selama 50 minit hingga 1 jam.
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
Apabila Kek Marble Jelita sudah siap, inilah hasilnya. Gebu dan memang cantik memandang!
Image via Azlina Ina Fans / Facebook
Sumber resepi: Azlina Ina Fans
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

