Kari Kepala Ikan & 5 Lagi Resepi Lauk Kari Yang Mudah & ‘Kaw’. Sedap Macam Di Restoran!
Jom cuba hasilkan resepi lauk-lauk kari ini. Semuanya senang-senang belaka!
Cover image via myresipi1. Resepi Kari Kambing
Kari Kambing sememangnya cara yang terbaik untuk memasak daging kambing. Ini kerana resepi ini menggunakan banyak bahan-bahan aromatik seperti daun kari dan halia yang menghilangkan bau hamis kambing. Memang lazat!
Dapatkan resepi Kari Kambing di sini.
2. Resepi Kari Ayam
Jika anda mahu menyediakan hidangan kari yang mudah dan menyelerakan, anda wajib sekali mencuba resepi Kari Ayam ini. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menumis bahan-bahan aromatik dan renehkan kuah sahaja. Sedapnya!
Dapatkan resepi Kari Ayam di sini.
3. Resepi Kari Kepala Ikan
Jika anda peminat hidangan kari, memang tidak mustahil anda juga meminati kari kepala ikan yang lazat dan enak ini. Kepala ikan menambahkan lagi rasa 'kaw' kepada kuah kari ini. Ini kerana kepala ikan mempunyai banyak *flavour* yang pasti akan menaikkan selera!
Dapatkan resepi Kari Kepala Ikan di sini.
4. Resepi Kambing Masala
Jika anda mahu mencuba hidangan yang unik, resepi Kambing Masala sesuai untuk anda. Resepi ini memang lain daripada lain kerana ia mempunyai rasa yang sama seperti tetapi kari tanpa kuah yang banyak. Hidangan ini begitu menyelerakan kerana penuh dengan rempah ratus seperti serbuk kari, jintan manis dan buah keras. Meleleh air liur!
Dapatkan resepi Kambing Masala di sini.
5. Resepi Kari Ikan Mamak Style
Kari Ikan sememangnya antara hidangan yang wajib anda nikmati apabila di restoran mamak. Tetapi sebenarnya Kari Ikan Mamak Style ini boleh disediakan di rumah. Mudah je! Anda hanya perlu menumis bahan-bahan dan didihkan sahaja. Rasanya pun enak seperti di restoran!
Dapatkan resepi Kari Ikan Mamak Style di sini.
6. Resepi Kari Daging
Kari Daging sememangnya lauk klasik yang digemari ramai. Hidangan ini memang lazat kerana daging begitu lembut dan *juicy* sekali kerana dimasak secara *low-and-slow*. Rasa kari pun meresap ke dalam daging. Enak betul!
Dapatkan resepi Kari Daging di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

