Sejukkan Badan Dengan 3 Smoothies Buah-Buahan Ringkas & Berlemak Ini. Memang Padu!
Smoothies buah-buahan ini sangat murah untuk dibuat kerana hanya menggunakan kurang daripada 5 bahan untuk menghasilkan satu resipi.
Cover image via SAYSSmoothies adalah hidangan last-minute yang sangat simple untuk dibuat dan sedap untuk diminum. Dibuat dengan buah-buahan, hidangan ini bukan saja sedap, tapi juga sangat bernutrisi!
Dengan menggunakan ais krim vanila, smoothies ini memang rasa lebih berlemak dan sedap daripada resipi-resipi lain. Ia pasti akan digemari bukan saja oleh para orang dewasa, tapi juga kanak-kanak.
Begini caranya untuk membuat smoothies buah-buahan yang ringkas & sedap:
1. Smoothie Nanas
Bahan-bahan:
– 1 Cawan buah nanas (dipotong dadu)
– 1 Cawan susu penuh lemak
– 2 Cawan aiskrim vanila
Cara:
1. Masukkan buah nanas, susu lemak, dan aiskrim vanila dalam pengisar. Kisar sehingga lumat.
2. Smoothie Nanas siap untuk dihidang!
Image via SAYS
2. Smoothie Dragonfruit
Bahan-bahan:
– 1 Cawan dragonfruit merah (dipotong kiub)
– 1 Sudu besar jus limau
– 1 Sudu besar susu pekat
– 1 Cawan ais
Cara:
1. Masukkan dragon fruit, susu pekat, jus limau dan ais kedalam mesin pengisar. Kisar sehingga lumat.
2. Smoothie Dragon Fruit siap dihidang!
Image via SAYS
3. Smoothie Betik
Bahan-bahan:
– 1 Cawan buah betik (dipotong dadu)
– 1 Cawan susu penuh lemak
– 1 Sudu besar madu
– 1 Sudu kecil jus limau
– Sedikit Ais
Cara:
1. Masukkan buah betik, susu, madu, jus limau, dan ais ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga lumat.
2. Smoothie Betik siap dihidang!
Image via SAYS
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS

