Ikuti 5 Tips Simple Ini Agar Santan Tak Pecah Minyak Ketika Memasak Gulai Dan Masak Lemak

Tingkatkan skill memasak anda dengan 5 petua mudah ini supaya santan tak pecah minyak!

Enlarge text
Cover ImageCover image via imgur.com
Logo

Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan merupakan bahan utama dalam masakan Melayu. Tanpa santan, makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang, gulai dan kari pasti tidak cukup sifat.

Malangnya, bukan senang nak masak menggunakan santan. Disebabkan sifatnya yang penuh lemak, kita kadangkala dicabar dengan masalah santan pecah minyak. Walaupun masih boleh dimakan, ia nampak agak kurang menyenangkan.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan masalah ini ya?

Image via null

Gunakan 5 tips di bawah untuk mengelakkan santan pecah minyak:

Tips 1: Gunakan api yang sederhana

Pastikan kuah santan anda direneh pada api yang sederhana dan elakkan daripada mendidih. Kuah santan yang dididih pada api yang besar akan menyebabkan santan pecah minyak.

Tips 2: Kacaukan santan dengan kerap

Kacaukan santan dengan perlahan dan konsisten supaya santan dicampur sebati dengan kuah. Elakkan daripada mengacau santan dengan terlalu laju kerana ia akan mengakibatkan kandungan minyak dari santan keluar dengan cepat dan memecahkan teksturnya.  

Image via The Spruce Eats

Tips 3: Masukkan santan cair sebelum santan pekat

Terdapat beberapa jenis santan iaitu santan cair dan santan pekat. Jika resepi anda menggunakan kedua-dua jenis santan, tumiskan santan cair dengan bahan-bahan lain terlebih dahulu. Masukkan santan pekat setelah santan cair sudah mereneh. 

Image via Kumparan

Tips 4: Gunakan santan segera

Santan segar lebih cenderung untuk pecah lemak berbanding santan segera. Ini kerana santan segera mengandungi penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya. 

Image via Keluarga

Tips 5: Campurkan tepung beras

Sebelum menggaulkan santan dengan kuah, campurkan satu sudu besar tepung beras dengan santan dan kacau sehingga larut. Masukkan campuran santan dan tepung beras ke dalam kuah untuk menghasilkan kuah yang lebih sempurna.

Image via Rasa

Dengan menggunakan tips ini, anda tidak lagi akan mengalami masalah santan pecah minyak. Anda mempunyai petua untuk dikongsikan juga? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Dah tahu tips, jom cuba masak pula?

Dapatkan banyak lagi tips memasak di sini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: