Bakers Assemble! Ini 15 Alat Baking Bawah RM20 Di Shopee Yang Mudahkan Kerja
Wajib ada semasa pembuatan kek dan kuih!
Cover image via ShopeeSiapa kat sini suka baking? Mesti pernah try baking walaupun sekali seumur hidup bukan? Baking is fun!
Image via GIPHY
Lagi-lagi kalau apa yang kita buat menjadi. Fuh, bangga! Rasa nak jadi baker. Tapi tahu tak sebenarnya baking ini memerlukan alatan yang betul dan sukatan yang tepat. Baru dapat hasil yang mantap dan perfect!
Apa alat yang diperlukan? Selain mixer, oven… Hmm…
Jom check out 15 alat baking ini:
1. Non-stick pan (RM6.30 – RM18.10)
Image via Shopee
Loyang non-stick ini sememangnya sangat memudahkan semasa membuat kek. Mana taknya, kek tidak mudah melekat dan senang dikeluarkan. Tinggal buka sahaja. Mudah kan? Jom beli loyang jenis ini, confirm you can bake like a pro!
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
2. Non-stick pan untuk tart (RM8.50 – RM14.93)
Image via Shopee
Kepada sesiapa yang suka buat tart tu, ini loyang paling tepat. Tidak mudah lekat dan bentuk yang cantik. Bukan itu sahaja, cakap je nak saiz apa, semua ada! Jom, jom, jom…
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
3. Non-stick Madeleine mold (RM9.81 – RM10.62)
Image via Shopee
Haa, kepada yang suka buat bahulu panas atau madeleine cake. Boleh beli pan yang berbentuk seperti ini. Confirm jadi bahulu dan madeleine cake anda. Perfect! Apa yang penting, pan ini tak melekat, so senang nak keluarkan kuih tu.
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
4. Aluminium pan (RM4.40 – RM6.10)
Image via Shopee
Sukakan kek bersaiz kotak? Nak buat brownies, kek pisang dan lain-lain kek. Ni dia aluminum pan yang sangat sesuai. Harga pun murah!
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
5. Measuring spoon & cup (RM2.70 – RM6.00)
Image via Shopee
Selalu main sukat je berapa cawan tepung, berapa susu esen vanila kan? No, no, no! Nak kek yang confirm jadi dan sedap? Beli sukatan cawan dan sudu ini, siap terdapat label setiap sukatan. Takdalah keliru lagi…
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
6. Penimbang digital (RM6.60 – RM18.74)
Image via Shopee
Penimbang ini sememangnya senangkan kerja-kerja dapur. Tepung 200g? 300g? Tak perlu risau, ambil, timbang dan sukat. Pasti tepat! Bukan sahaja boleh digunakan semasa baking, semasa masak pun boleh.
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
7. Pengayak tepung keluli tahan karat (RM7.00)
Image via Shopee
Pengayak ini memang sangat berfungsi. Anda tinggal masukkan tepung gandum dan tekan. Settle dah, tak perlu ayak lagi!
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
8. White egg separator (RM0.17)
Image via Shopee
Penat asyik fail nak asingkan putih telur dan kuning telur? This is for you! Easy peezy lemon squeezy…
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
9. Silicone mat (RM3.65)
Image via Shopee
Uli tepung atas meja? Anda patut beli alas ini, tak mudah melekat dan senang untuk anda uli doh. Paling penting, bersih!
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
10. Wooden rolling pin (RM5.90)
Image via Shopee
Takkan guna cawan lagi? Wooden rolling pin ini sangat murah dan mudah untuk didapati. Senang pun senang, tak perlu uli gulung denagan tangan atau cawan lagi. Yay, Roll, roll, roll…
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
11. Set silicone spatula (RM5.68)
Image via Shopee
Set yang cantik dan perfect! Lengkap semua alat untuk baking. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan ini supaya senang kerja-kerja baking anda.
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
12. Acuan donut (RM3.99)
Image via Shopee
Tinggal tekap sahaja lepas uli tepung. Anda akan dapat saiz donut yang sempurna tanpa cacat cela. Mudah kan kerja?
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
13. Acuan kuih (RM14.90)
Image via Shopee
Hasilkan pelbagai bentuk kuih dengan acuan kuih ini, no more guna garfu untuk tekap dan corakkan lagi. Sekali tekan, jadi dah!
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
14. Set cake turntable, spatula dan scraper (RM2.75 – RM18.90)
Image via Shopee
Satu set yang lengkap buat baker-baker di luar sana. Ada turntable untuk kek, spatula untuk ratakan krim dan scraper untuk tujuan penghiasan kek. So senang!
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
15. Piping nozzles (RM1.11)
Image via Shopee
Hiasi kek atau cupcake anda dengan corak corak krim yang kreatif dan menarik. Emm, susahnya nak jadi kreatif? Jangan risau… Dengan adanya piping nozzles, semuanya boleh jadi kreatif dan cantik.
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
Okay… Sedia untuk membeli!
Image via GIPHY
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan

