Mak Hidang Air Siap Jamu Kontraktor Makan Tengah Hari – “Inilah Adab Orang Melayu”
Mak-mak memang selalu macam ini kan?
Cover image via @hafizjoharr (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam masyarakat Melayu, menghormati tetamu bukan sekadar nilai budaya, ia adalah cerminan siapa diri kita
Bagi sesetengah orang, nilai ini mungkin kedengaran seperti perkara kecil. Namun bagi mereka yang membesar dengan didikan yang bagus, layanan terhadap sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke rumah, termasuk pekerja atau kontraktor adalah satu bentuk adab yang patut dicontohi.
Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pangguna di laman Threads baru-baru ini apabila dia dan kawan-kawannya menerima layanan baik daripada tuan rumah.


Tuan rumah baik hati siap jamu makan tengah hari
Menurut lelaki itu yang merupakan salah seorang kontraktor di rumah tersebut, tindakan tuan rumah yang kelihatan biasa sebenarnya membawa makna yang besar tentang budaya masyarakat Melayu.
"Inilah adab orang melayu. Bila kontraktor datang buat kerja, tak kisahla wiring ke, technician ke, ikat batu ke, kita hidangkan minuman. Mak aku selalu tunjuk budaya ni kalau ada orang dtg rumah buat kerja.
"Dia jamu kami makan tengah hari lagi. Pastu malam dia bungkuskan sebab kami pasang cctv siap sampai malam. Semoga tuan rumah dimurahkan rezeki," tulisnya.

Susulan tularnya ciapan tersebut, ada netizen turut berkongsi perangai sama ibu mereka




Lihat Threads di bawah:
View on Threads


