MAGGI® Perkasa Remaja Malaysia Dengan Program & Bengkel Memasak Praktikal MSSCC 2025

Bengkel ini menjadi kesinambungan usaha MAGGI® untuk melahirkan generasi muda yang lebih yakin, berpengetahuan, dan celik pemakanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MAGGI Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

MAGGI® meneruskan komitmen memperkaya perjalanan pembelajaran pelajar sekolah menengah melalui siri bengkel praktikal khusus di bawah Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC)

Inisiatif ini bertujuan memastikan ilmu dan kemahiran yang diterapkan sepanjang pertandingan dapat diamalkan secara konsisten, bukan hanya pada hari pertandingan sahaja.

Memasuki tahun ke-28, MSSCC bukan sekadar pentas persaingan memasak, tetapi platform membentuk kemahiran hidup jangka panjang termasuk pemakanan sihat, kreativiti, kerja berpasukan dan amalan masakan seimbang.

Bengkel ini menjadi kesinambungan usaha MAGGI® untuk melahirkan generasi muda yang lebih yakin, berpengetahuan, dan celik pemakanan.

Bengkel sehari yang himpunkan juara MSSCC, chef profesional & pakar pemakanan

SAYS.com
Image via MAGGI Malaysia

Bengkel praktikal ini mengumpulkan lima pasukan pemenang MSSCC 2025, chef profesional serta pakar pemakanan Nestlé bagi sesi demonstrasi masakan dan aktiviti amali yang memberi peluang kepada pelajar mengasah kemahiran sebenar di dapur.

Antara tumpuan pembelajaran utama:

1. Memudahkan pemakanan seimbang

Pakar Pemakanan Nestlé, Leong Ven Luan, memperbetulkan salah faham umum tentang pemakanan sihat dan berkongsi panduan mudah untuk membuat pilihan makanan lebih baik yang selari dengan pendidikan asas MSSCC.

2. Cepat, lazat & seimbang

Chef Residen MAGGI®, Chef Sharifah Hamidah, mempamerkan resipi ringkas yang membuktikan prinsip MSSCC boleh diterapkan dalam masakan harian tanpa memerlukan kos tinggi atau masa lama.

3. Menguasai kemahiran asas di dapur

Chef profesional Naem Ramli menekankan kepentingan teknik asas seperti pengendalian pisau, keselamatan dapur dan penyediaan bahan iaitu elemen penting untuk membina keyakinan pelajar dalam perjalanan kulinari mereka.

Inspirasi daripada juara MSSCC 2016

Bekas juara MSSCC, Chef Ariff, berkongsi kisah bagaimana pertandingan ini menjadi titik perubahan yang mencorakkan kerjayanya sebagai chef profesional.

SAYS.com
Image via MAGGI Malaysia

Membentuk generasi muda yang lebih peka pemakanan

Dengan gaya hidup remaja yang semakin sibuk, bengkel ini memberi penekanan kepada cara mengekalkan tabiat makan seimbang yang praktikal. Chef Sharifah menjelaskan bahawa pemakanan sihat tidak semestinya mahal atau rumit.

"Dengan kreativiti dan asas yang kukuh, setiap remaja Malaysia boleh memasak makanan lazat, seimbang dan pada kos berpatutan. Dengan membawa pengalaman MSSCC ke luar pertandingan, MAGGI® memastikan murid-murid terus mengamalkan prinsip masakan seimbang dalam kehidupan sebenar," katanya.

SAYS.com
Image via MAGGI Malaysia
SAYS.com
Image via MAGGI Malaysia

Pelajar SMK Belara, Kuala Terengganu, Muhammad Amsyar Haikal, turut berkongsi pengalaman berharga mereka.

"Kami belajar cara pengendalian pisau dengan betul, menyediakan hidangan seimbang dan memahami tabiat memasak sihat. Pengalaman ini benar-benar membuka mata kami dan mendorong kami untuk mengamalkan apa yang dipelajari setiap hari," katanya.

Chef Naem menambah bahawa aktiviti amali seperti ini bukan sahaja mengajar teknik, tetapi membina keyakinan dan kefahaman mendalam tentang kepentingan masakan seimbang dalam kehidupan harian.

Melalui usaha berterusan seperti MSSCC, MAGGI® menegaskan komitmennya dalam mendidik generasi muda menjadi tukang masak harian yang lebih peka pemakanan, berkemahiran, dan mampu membawa nilai memasak seimbang ke dalam rumah, keluarga dan komuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, layari laman rasmi MAGGI®: https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: