Lelaki Tak Kisah Belanja RM26K Untuk Rawatan Gigi Isteri Yang Rosak Kesan Menyusukan 7 Orang Anak
Bukan semua suami sanggup buat macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian selepas berkongsi pengorbanannya berbelanja RM26,000 demi rawatan gigi isterinya
Menerusi perkongsian hantaran di Facebook, lelaki tersebut menjelaskan isterinya mengalami kerosakan gigi akibat kehamilan dan penyusuan selepas melahirkan tujuh orang anak.
Difahamkan, banyak kalsium dalam tubuh isterinya disalurkan kepada bayi sehingga menyebabkan gigi menjadi rapuh, gusi bermasalah, dan akhirnya beberapa batang gigi geraham terpaksa dicabut.
"Kos rawatan gigi kali ni RM 26k. Mahal tapi saya sanggup bayar untuk kebaikan dia.
"Isteri saya Widyana Ali banyak berkorban mengandung dan menyusukan ketujuh-tujuh anak kami dengan susu badan sepenuhnya.
"Tapi pengorbanan itu meninggalkan side effect pada dirinya. Ramai ibu-ibu yang yang menyusu mengalami masalah yang sama," tulisnya.

Gigi geraham sangat penting untuk proses pencernaan makanan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan lain jika makanan tidak dicerna dengan baik
Disebabkan itu, Yazid mengambil keputusan untuk segera membawa isterinya ke klinik swasta walaupun kosnya tinggi.
"Saya banyak buat research sebelum buat keputusan untuk implant. Walaupun kosnya bukan murah, RM26k hanya untuk 2 batang gigi, tapi demi untuk kebaikan dia, saya sanggup.
"Boleh buat di hospital kerajaan dengan kos yang lebih murah 4k sebatang. Tapi kena menunggu lama untuk sampai giliran kita.
"Pada saya, tiada harga yang boleh dibandingkan dengan kesihatan & senyuman seorang isteri. Dia telah berkorban tubuh badannya demi anak-anak. Maka sudah jadi tanggungjawab saya untuk buat apa yang perlu untuk kebaikannya," ujarnya lagi.
Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 