Lelaki Malaysia Kongsi Realiti Beli Hartanah Di Jepun – “Kena Bayar Tunai & Betul Ke Mitos Rumah Berhantu?”

Kalau anda pernah berangan nak menetap di Jepun, baca artikel ini dulu okay!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nas Baharudin (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pernah berangan nak beli rumah di Jepun sebab terpesona dengan suasana aman dan pemandangan cantik, mungkin anda patut dengar dulu pengalaman lelaki Malaysia ini

Menerusi perkongsian di Facebook, Nas Baharudin menceritakan realiti yang bakal dihadapi sekiranya seseorang mahu memiliki rumah di negara matahari terbit itu.

"Pertama, pembeli mesti mengambil kira faktor lokasi yang sering mengalami bencana alam kerana Jepun merupakan sebuah negara yang sering mengalami bencana seperti gempa bumi dan tsunami.

"Elakkan kawasan yang memang terkenal berisiko banjir, tanah runtuh atau tsunami. Banyak kawasan selamat, malah rumah berpuluh tahun masih kukuh.

"Kami sendiri ada beli rumah hampir 70 tahun umurnya tapi strukturnya mengalahkan rumah baru,"
kongsinya.

SAYS.com
Image via Nas Baharudin (Facebook)

Cukai di Jepun sama konsep dengan Malaysia

Menurut Nas, Jepun juga mengenakan cukai hartanah mengikut kawasan. Kalau kawasan tersebut dianggap 'premium', bersedialah untuk bayar cukai yang lebih tinggi.

"Lokasi premium akan dikenakan cukai tinggi. Lokasi strategik tapi bukan prime city akan dikenakan kos lebih rendah. Kami ada 9 hartanah di Jepun, dan kos tahunan (api, air, cukai) sangat munasabah bila tahu cara pilih kawasan.

"Ramai takut sebab bahasa. Hakikatnya, saya tidak fasih langsung, tapi setakat nak cakap Arigato tu pandai lah. Meskipun begitu, urusan jual beli selesai tanpa masalah. Hidup berjiran aman.

"Ada memo & surat rasmi dalam dwibahasa bila mereka tahu kita orang luar dan orang di sana sangat menghargai adab dan niat baik kita,"
tulisnya lagi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Arsitag

Rumah lama di Jepun berhantu hanyalah mitos? Betul ke nak beli rumah kena bayar tunai?

Katanya, ada satu mitos popular yang sering berlegar dalam kalangan orang luar iaitu rumah lama di Jepun selalunya 'berhantu'. Nas menegaskan perkara itu tidak benar dan kebanyakan rumah lama dijual semata-mata kerana faktor usia bangunan, bukannya kisah mistik.

"Ini memang mitos paling lawak. Ada tanya ada Juon tak? Hantu Jepun mungkin tak kacau orang asing sebab language barrier, jangan risau masing-masing tak faham each other. Gurau je!

"Hakikatnya banyak rumah lama hanya pernah diduduki orang tua yang meninggal sebab sakit. Di Malaysia pun rumah macam ni tetap laku keras. Generasi baru lebih suka duduk dalam bandar & bersebelah keretapi dan moden. Sebab tu rumah pinggir bandar ni banyak kosong
.

"Semua pembelian ini guna duit cash, bukan pinjaman bank (orang luar memang tak boleh guna pinjaman tempatan). Jadi, kita sendiri kawal bajet ikut kemampuan," katanya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: