Lelaki Malaysia Kesal Jadi Warganegara Singapura – “Rasa Macam Kena Kerja Sampai Mati”

Gaji memang tinggi, tapi stres tu jangan cakaplah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Astro Awani & Malay Mail
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai sangka tukar kewarganegaraan ke Singapura bermaksud hidup terus selesa dan terjamin

Tetapi, kisah seorang lelaki asal Malaysia ini tunjukkan realitinya tak seindah yang dibayangkan.

Menurut laporan Sinar Harian berdasarkan The Independent Singapore, seorang bekas rakyat Malaysia yang kini bergelar warganegara Singapura meluahkan rasa menyesal dengan keputusannya selepas merasakan dirinya terperangkap dalam tekanan kos sara hidup yang semakin menggila di republik itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu kenderaan sewa persendirian (PHV) meluahkan isi hati ketika berbual dengan seorang penumpang.

Perbualan itu kemudiannya dikongsikan di media sosial dan terus mencetuskan perbincangan hangat walaupun posting asal sudah dipadam.

Katanya, walaupun status kewarganegaraan Singapura sering dianggap 'tiket emas', realiti hidup di sana sangat menekan

Kos harian yang tinggi memaksanya bekerja dalam tempoh panjang, hampir setiap hari, sehingga dia merasakan persaraan hanyalah mimpi.

"Rasa macam kena kerja sampai mati," luahnya.

Walau bagaimanapun, isterinya masih mengekalkan kewarganegaraan Malaysia, satu-satunya 'jalan keluar' jika mereka mahu kembali menetap di tanah air suatu hari nanti.

Difahamkan, dua anak mereka yang lahir di Singapura merupakan warganegara republik itu dan terikat dengan kewajipan Perkhidmatan Negara (National Service), sesuatu yang turut menjadi beban emosi dan tekanan masa depan buat si bapa.

SAYS.com
Image via Sinar Daily

Menurut statistik, lebih 97,000 rakyat Malaysia telah menukar kewarganegaraan kepada Singapura sejak 2015, dengan lebih 6,000 orang direkodkan setakat 2025 sahaja.

Kebanyakannya didorong oleh peluang pekerjaan dan gaji yang lebih tinggi. Namun, kisah ini membuka mata ramai bahawa kewarganegaraan bukan jaminan kebahagiaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: