Lelaki Kongsi Pengalaman Isteri Bersalin Di Hospital Semi-Kerajaan Tapi Setaraf Macam Swasta
Menurutnya, jumlah kos keseluruhan hanya RM1,797 bagi tempoh dua hari dua malam, melibatkan kelahiran normal secara SVD.
Cover image via @khalifsidratul (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengalaman bersalin sering menjadi antara pertimbangan paling penting buat bakal ibu bapa, khususnya dari segi kos, keselesaan dan kualiti rawatan
Seorang lelaki di laman Threads baru-baru ini berkongsi pengalaman apabila isterinya selamat melahirkan anak di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.
Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai, terutama golongan ibu yang sedang membuat tinjauan lokasi bersalin.
Menurutnya, jumlah kos keseluruhan hanya RM1,797 bagi tempoh dua hari dua malam, melibatkan kelahiran normal secara spontaneous vaginal delivery (SVD).
Kos tersebut sudah termasuk prosedur induce (RM20), epidural (RM350), dua kali proses meneran serta caj rawatan lain yang berkaitan. Walaupun merupakan hospital pengajar kerajaan, suasana di HSAAS disifatkan setaraf hospital swasta kerana tidak sesak, bersih dan teratur.


Dari sudut perkhidmatan, barisan pakar digambarkan sebagai mesra, profesional dan sangat supportive
"Dapat midwife sangat best di Labour Room (SN Atikah), sopan santun, soft spoken, baik. My wife sangat selesa dengan dia," katanya.
Antara kelebihan lain termasuk bilik persendirian dengan susun atur kubikel, fasiliti yang masih baharu, kemudahan parkir yang mudah serta surau yang membolehkan ahli keluarga menunaikan solat Jumaat tanpa perlu keluar hospital.
Malah, kos dan suasana di HSAAS dikatakan lebih baik berbanding beberapa hospital awam lain yang lebih mahal dan sesak.
Bagi pasangan yang berminat, tempahan temu janji boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pesakit HSAAS dengan syarat kandungan belum melebihi 30 minggu dan mempunyai surat rujukan daripada klinik kesihatan atau klinik swasta.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



