“Ternyata Masih Ada Macam Ini” – Lelaki Dakwa Dipotong Gaji Kerana Pergi Solat Jumaat

Isu itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan majikan tersebut sebagai tidak beretika.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aleyzuhri (Threads) & Bumi Sepi (Gambar sekadar hiasan) & lelaki & dakwa & gaji & dipotong & majikan & solatjumaat & seismik
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial apabila seorang lelaki meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa dipotong gaji hanya kerana menunaikan solat Jumaat ketika waktu rehat kerja

Dalam satu hantaran di Threads, pengguna terbabit berkongsi pengalaman yang mengejutkan ramai apabila mendakwa majikannya di Johor masih belum mengikut garis panduan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang menetapkan hak pekerja lelaki Muslim untuk menunaikan solat Jumaat.

"Terkedu tatkala pergi solat Jumaat kena potong gaji. Dah 2025, ingatkan semua syarikat dekat Johor dah ikut guideline JTK. Ternyata masih ada je macam ni," tulisnya.

SAYS.com
Image via @aleyzuhri (Threads)

Baru menyedari perkara itu apabila mendapati gajinya dipotong pada minggu-minggu tertentu

Menurut lelaki itu, dia baru sahaja bekerja di syarikat berkenaan selama dua bulan dan menyedari perkara itu apabila mendapati gajinya dipotong pada minggu-minggu tertentu.

"Bulan lepas start kerja jumpa dua Jumaat je, bulan ni bakal jumpa lima Jumaat," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia sudah berbincang dengan bahagian sumber manusia (HR) untuk menyampaikan perkara itu kepada majikan. Namun, dia menegaskan akan berhenti kerja sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan.

"Semalam dah cakap dengan HR, tolong bagitahu boss, tolong bagi rehat Solat Jumaat. Kalau tak jalan juga, gua yang jalan dari sini," katanya.

SAYS.com
Image via Image via @aleyzuhri (Threads)

Isu itu segera mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan majikan tersebut sebagai tidak beretika dan bercanggah dengan hak pekerja Muslim.

Ramai turut memetik peraturan JTK yang memperuntukkan waktu rehat mencukupi bagi pekerja lelaki Muslim menunaikan solat Jumaat, tanpa sebarang pemotongan gaji atau tindakan disiplin.

Ada juga yang menasihatkan lelaki itu untuk membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa buruh agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap majikan terbabit.

Perbincangan ini sekaligus membuka semula isu lama tentang kesedaran majikan terhadap hak beragama pekerja, terutama dalam sektor swasta yang masih belum menyesuaikan operasi dengan keperluan tersebut.

SAYS.com
Image via @aleyzuhri (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik