Lebih 85% Warga Emas Malaysia Tak Menua Secara Sihat, Ini Realiti Yang Ramai Tak Sedar

Difahamkan, daripada kira-kira 7,528 responden, hanya 14.7% memenuhi kriteria penuaan sihat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Wilayahku
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu statistik terbaharu menunjukkan majoriti warga emas di Malaysia tidak melalui penuaan yang sihat

Menurut laporan oleh The Star, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 mendapati kira-kira 85.3% warga emas di negara ini tidak menua dengan sihat.

Tinjauan ini dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, yang membekalkan data penting tentang tahap kesihatan rakyat Malaysia.

Edisi 2025 ini juga merupakan penilaian kedua terhadap golongan berusia 60 tahun ke atas, selepas kajian pertama dilakukan pada 2018.

Daripada kira-kira 7,528 responden, hanya 14.7% memenuhi kriteria penuaan sihat.

Majoriti sebenarnya berdepan pelbagai masalah kesihatan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Menurut Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, jika hanya 14.7% yang menua dengan sihat, selebihnya sedang bergelut dengan penyakit kronik dan kelesuan fizikal (frailty). Beliau turut mendedahkan statistik yang agak membimbangkan.

"Penyakit kronik dalam kalangan warga emas semakin meningkat, dengan 39% menghidap diabetes, 73% menghidap hipertensi (darah tinggi) dan 76% mempunyai kolesterol tinggi," katanya.

Menurut penjelasan beliau, penuaan sihat bukan sekadar bebas penyakit. Ia dinilai berdasarkan lima kriteria ketat iaitu:

  • Tiada penyakit kronik atau penyakit dalam keadaan terkawal
  • Mempunyai sokongan sosial yang kuat
  • Tiada gangguan kognitif seperti demensia
  • Bebas daripada kemurungan
  • Mampu berdikari dalam aktiviti harian

Lebih membimbangkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan 68% warga emas mempunyai sekurang-kurangnya dua penyakit kronik, manakala 30% pula menghidap ketiga-tiganya sekali.

Situasi ini menunjukkan ramai yang bukan sahaja sakit, tetapi berdepan pelbagai masalah kesihatan serentak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: