Kumpulan empty page. Kembali Meriahkan Industri Muzik Dengan Single Terbaru “Menyesal”

Mereka bakal memeriahkan beberapa festival muzik yang akan datang termasuk Hausboom Music Festival di MAEPS Serdang.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kumpulan pop rock alternatif empty page. yang sebelum ini dikenali
dengan lagu "mata(hari)", kembali memeriahkan tahun 2025 dengan single terbaru mereka berjudul "menyesal"

SAYS.com
Image via @emptypagex (Instagram)

Lagu baru tersebut ditulis oleh Zic dan muzik dihasilkan oleh Zac dengan kerjasama Alip untuk menyampaikan bunyi empty page. yang dikenali dan sering diringkaskan sebagai "lagu sedih, tapi tak lah sedih sangat."

Single "menyesal" menghuraikan tentang rasa beban emosi dan perasaan yang disebabkan oleh tingkah laku dan pilihan orang lain; sama ada dari pasangan, kawan, atau keluarga. Lagu ini mengekspresikan rasa tidak puas hati atas terpaksa hidup dengan trauma yang datang bukannya dari pilihan sendiri. Lirik introspektif Zic beserta alunan melodi yang melankolik dipasangkan dengan muzik rock menyampaikan perasaan nostalgia yang menjadi tarikan lagu.

Berjaya menyampaikan lagu dengan naratif dan sususan yang menyentuh

SAYS.com
Image via @emptypagex (Instagram)

empty page. terdiri daripada Zic sebagai penyanyi dan penulis lagu, Zac yang berperanan dalam susunan muzik dan gitaris, dan Alip Pedul sebagai pemain dram. Bertiga, mereka berjaya menyampaikan lagu dengan naratif dan sususan yang menyentuh tapi masih senang dinyanyikan atau senang "sing along" dengan melodi yang catchy.

"menyesal" adalah perasaan yang kadang-kadang kita semua susah nak sampaikan. Perasaan tak puas hati kerana dibebankan oleh pilihan orang lain.

"Dia yang buat kenapa kita yang menyesal? Tak fair lah macam tu!" kongsi Zic tentang penulisan lagu tersebut, yang dikatakan berdasarkan pengalaman sendiri.

Kumpulan empty page. akan turut memeriahkan beberapa festival muzik yang akan datang termasuk Latihan Pesta Pora di Stadium Nasional Bukit Jalil, Hausboom Music Festival di MAEPS Serdang, dan Aku Muzik Kamu Indie Festival di Litar SEPANG, di mana mereka akan memainkan lagu "menyesal" secara live.

Lagu "menyesal" kini boleh didengari di kesemua pelantar digital utama, termasuk Spotify dan Apple Music bermula 11 JULY 2025, manakala video muzik "menyesal" boleh ditonton di saluran YouTube empty page.

Saksikan muzik video "menyesal" di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: