KOPETRO Lancar Bufet Ramadan ‘Jelajah Rasa By Koo-Ehh’ – “Jom Iftar Around The World”

Tawarkan lebih 150 menu antarabangsa, tetamu juga berpeluang menangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM4,000.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) tampil dengan kelainan bagi sambutan Ramadan tahun ini menerusi pelancaran bufet 'Jelajah Rasa by Koo-Ehh'

Membawakan konsep "mengembara ke seluruh dunia", bufet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa yang unik dengan kepelbagaian cita rasa antarabangsa.

Bufet yang bakal berlangsung dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026 ini bertempat di Citrine Hall, Wisma Golden Eagle Realty, Jalan Ampang iaitu sebuah lokasi strategik yang hanya terletak 100 meter dari KLCC.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Husaini Hassan

Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.

Penganjuran bufet ini dijayakan oleh KOPETRO Catering Sdn. Bhd., anak syarikat KOPETRO yang mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam industri perkhidmatan makanan. Bermula sebagai perniagaan katering kecil pada era 1980-an, syarikat ini kini berkembang sebagai penyedia perkhidmatan yang dipercayai oleh pelbagai syarikat swasta dan agensi kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Husaini Hassan, menjelaskan bahawa melalui jenama Koo-Ehh, mereka membawa pendekatan "From Global to Local" bagi memenuhi cita rasa kontemporari pengguna masa kini.

"Kami mahu tawarkan sesuatu yang berbeza. Melalui Jelajah Rasa, pengunjung boleh menikmati pengalaman berbuka puasa sambil 'mengembara' ke pelbagai negara tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur," katanya semasa majlis previu bufet tersebut.

Lebih 150 hidangan untuk tawaran pada harga istimewa

Bufet ini mengetengahkan lebih 150 pilihan menu setiap hari, dengan Grilled Tuna sebagai tarikan utama. Kepelbagaian hidangan merangkumi masakan dari Timur Tengah, Thailand, Itali, Korea, dan Cina, selain pilihan makanan laut dan hidangan tradisional tempatan.

Selepas tamatnya musim Ramadan, jenama Koo-Ehh dijangka akan mengorak langkah lebih jauh dengan pembukaan premis kedai fizikal. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang syarikat untuk menawarkan konsep makanan kasual yang lebih dekat dengan gaya hidup bandar.

SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.
SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.
SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.

KOPETRO menawarkan harga istimewa kepada anggota KOPETRO, bermula RM138++ untuk dewasa dan RM108++ untuk kanak-kanak, warga emas serta golongan orang kurang upaya. Harga normal pula ditawarkan bermula RM159++ untuk dewasa dan RM129++ bagi kategori kanak-kanak dan warga emas.

Promosi "Beli 10 Percuma 1" turut ditawarkan, manakala harga pembelian awal (early bird) tersedia bagi tempahan yang dibuat antara 2 hingga 17 Februari 2026. Bagi menambah keterujaan, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama bernilai RM4,000.

SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.
SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.
SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.

Disokong oleh kemudahan dapur setempat yang moden serta pasukan tenaga kerja profesional, KOPETRO Catering menjamin setiap hidangan halal yang disajikan memenuhi piawaian tinggi bagi menjamin kepuasan pelanggan.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh mengimbas kod QR rasmi KOPETRO atau menghubungi talian bantuan di 019-257 7851 (Syikin), 017-550 6356 (Ridzuan) atau 010-400 4887 (Mamu).

SAYS.com
Image via Kopetro Catering Sdn. Bhd.Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: